Pada beribu tahun dahulu emas digunakan sebagai matawang untuk berjual beli, simpan emas pada waktu dulu sama seperti simpan duit.
Berbeza pada hari ini emas tidak lagi digunakan sebagai matawang untuk berjual beli, emas disimpan sebagai aset simpanan dan pelaburan.
Matawang kertas digunakan sebagai medium untuk kita berjual beli hari ini, tujuan penggunaan matawang kertas adalah untuk memudahkan urusan jual beli kita seharian.
Salah satu kelemahan duit kertas adalah nilainya tidak boleh bertahan lama, makin lama makin susut nilai. Itulah kita panggil inflasi!
Apa itu inflasi? Bahasa mudah nak faham; kita perlukan lebih banyak duit kertas untuk beli barang yang sama.
Contohnya 10 tahun lepas sebiji karipap harga 20 sen, hari ini sebiji karipap naik harga 50 sebiji. Dah la mahal, isi pun kurang berbanding dulu. Adehhh!
Emas adalah salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah inflasi sebab emas adalah aset yang kalis inflasi. Sejak beribu tahun nilainya tetap stabil, apa yang berubah hanya harganya sahaja.
Gunakan emas untuk melindungi harta kekayaan kita pada masa depan, tukarkan sebahagian dari harta kita ke dalam bentuk emas sebagai insuran kewangan kita.
Sifu kewangan saya pesan; tukarkan 50% kekayaan kita dalam bentuk emas. Jika apa-apa berlaku pada ekonomi kita masih ada emas yang bernilai untuk digunakan.
Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk manfaatkan simpanan emas kita. Insyaallah.
I N S U R A N K E W A N G A N
Posted on November 2, 2021 ·