Archives for November 2, 2021

Kenapa kita perlu memiliki emas?

1. Sebagai Insurans.

Emas adalah barangan yang paling mudah membantu kita di kala kesusahan. Bila terdesak, emas boleh dipajak bila-bila masa, boleh dijual, confirm laku.

2. Sebagai aset atau harta.

Simpan duit kertas bawah bantal nanti lipas atau anai-anai gigit hancur oihh. Simpan di bank faedah sikit kemain. Simpan emaslah, harga sentiasa ada. Jangankan lipas atau anai-anai, tikus nak kokak pun takut patah gigi.

3. Sebagai tabung simpanan.

Simpan duit ni, hmmm kejap-kejap nak jolok keluar. Cepat bocor. Simpan emas, lebih bertahan sebab tak senang nak jolok keluar macam duit kat ATM tu.

4. Sebagai alat pelaburan.

Harga emas sentiasa konsisten dan kerap meningkat. So far takde lagi orang yang menyesal sebab beli dan melabur dalam emas ni. Yang menyesal tak beli ada lah.

5. Sebagai pengekal kuasa beli.

Contohnya, duit RM100 hari ini boleh beli 30 item barang runcit di supermarket. Duit RM100 yang sama tahun depan mungkin boleh beli 20 barang sahaja, tak dapat 30 lagi dah sebab barang dah naik harga.

Namun nilai 1 gram emas hari ini boleh beli 50 barang runcit dan tahun depan pula dengan nilai 1 gram yang sama mungkin boleh beli lebih 60 barang. Tak caya cubalah.

6. Sebagai modal pusingan.

Bagi peniaga, gunakan keuntungan untuk beli emas. Bila perlu cagarkan emas untu dapat modal pusingan. Dapat duit tebus balik emas, ada untung beli emas dan simpan lagi. Cukup haul-cukup nisab maka keluarkanlah zakat. Baru bisnes berkat dan berjaya.

7. Sebagai sumber zakat.

Yer, yang tak pakai dan simpan emas wajib keluar zakat okeh. Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. Kekayaan akan melimpah ruah.

8. Sumber kebaikan dan kebajikan

Bila banyak emas dan keluarkan zakat, maka harta bertambah banyak, rezeki banyak duit pun banyak. Maka, pintu untuk berbuat kebaikan dan kebajikan pun terbuka luas. Bolehlah menyumbang kepada masyarakat, sedekah dan infak dalam dana masjid, surau, bantuan NGO dan sebagainya.

Begitulah.

Sejak kebelakangan ini ramai orang beratur di pajak gadai untuk mendapatkan sedikit rezeki buat keluarga.

Emas menjadi talian hayat mereka.

TIPS NAK BERJAYA SIMPAN EMAS

1️⃣ Ada niat, ada duit terus grab EMAS

2️⃣ Tak ambil pusing cakap-cakap orang yang tidak terlibat dengan EMAS

3️⃣ Harga turun atau naik consistent simpan EMAS

4️⃣ Fokus pada MATLAMAT menyimpan EMAS

5️⃣ Jadikan simpanan EMAS sebagai motivasi diri sendiri

6️⃣ Cari dan belajar ILMU tentang EMAS

7️⃣ Ubah cara menyimpan dengan lebih konsisten

Dalam tak sedar lama kelamaaan bergram-gram simpanan emas kita.

Begitulah.

Simpanan emas adalah personal bodyguard kewangan anda

Sekarang musim orang pulang ke kampung, bercuti, berjalan jalan.

Ain percaya, siapa yang menyimpan emas ketika PKP sebelum ni akan rasa bersyukur. Sekurang kurangnya ada emas yang dapat disimpan.

Emas yang ada dapat bantu kita as backup duit untuk urusan di atas. Sama ada pajak di ar rahnu atau jual.

Yela, bertahun tak dapat pulang ke kampung. Bila dapat balik, pasti kita raikan.

Tujuan kita simpan emas yang utama adalah untuk WUJUDKAN SIMPANAN.

Bila simpanan wujud, automatik boros pun kita dapat kawal.

Kalau simpan duit, tapi duit tak wujud wujud. Maksudnya boros tu masih ada.

Jadi bertukar lah ke simpanan emas. Nescaya, simpanan ada, boros pun kurang

?

Betul ke betul?

EMAS UNTUK DIRI SENDIRI. Bukan untuk orang lain.

Bila mula simpan emas,
Duit kita lebih selamat. Selamat daripada ekonomi yang tidak menentu. Lebih penting selamat daripada terbelanja. Yang UNTUNG DIRI SENDIRI.

Simpan emas, jangan niat nak kaya cepat. Emas tak ada apa-apa pendapatan.

Yang ada bagi pendapatan bulan² tu semua auta saja lebih. Bila simpan, niat nak bantu diri sendiri. Bila susah, guna emas kita simpan tu.

Pajak emas tak sampai 10 minit selesai. Dapat cash segera

?

Beza dengan emas, simpan 1gram 1bulan selepas 10 bulan akan ada 10 gram, tapi realitinya lebih dari itu. Hihi .. Itu pengalaman saya sejak mula menyimpan emas

Januari hingga Oktober dah setel. Tinggal 2 bulan sahaja lagi. Dah mula, baru tahu seronoknya

?

DUA perkara yang membuat kita sentiasa menang dalam simpanan emas ialah:

1. Mula bertindak
2. Konsisten tambah

Kalau bermula sahaja namun tak konsisten, memang susah juga nak cakap apa. Jumlah gram emas tak akan bertambah dengan sendirinya kalau kita sendiri tak tambah.

Walaupun emas naik tinggi, sudah tentu untungnya tak sama berbanding dengan orang sentiasa tambah dan tambah simpanan emasnya.

Contohnya ; Dalam 5 tahun simpan emas dan ada kenaikan RM 100 segram. Seorang hanya ada 1 gram. Dan seorang lagi ada 250gram.

Jauh bezanya! 

?

Itulah sebab, bila kita simpan emas, fokus kita pada pertambahan gram emas!

Bila emas sentiasa bertambah. Duit simpanan tak mudah bocor, untung pada pemurataan harga dan kenaikan emas untuk jangka masa panjang.

1gram 1bulan 1keluarga

Target 12 gram

Januari hingga Oktober dah setel. Now boleh grab November pula.

“ala, Sempat ke nak join misi 12 bulan?”

Sempat gais. Asalkan dah ada kesedaran dan bermula. Duit banyak berkepuk2, tapi tak ada kesedaran simpan emas, tak guna jugak?

Benda macam ni kena set matlamat.
Beli dulu 1gram. Da dapat, kita aim gram yang seterusnya.

Sampai la ke disember.

Anggap satu cabaran. Ala macam anda simpan duit dalam tabung berwarna tu.

Tapi saya tak berjaya cara simpan duit ikut warna. Jadi ini je cara saya simpan duit dalam bentuk emas. Make it fun!

Sedikit perkongsian..

Cara mudah utk uji emas terpakai samada tulen atau emas sadur..

?
?

1-seluar jeans

?

⇨gosok barang kemas tu di jeans. Jika berbau itu emas palsu.
Tiada bau emas tulen.

2- magnet

?

⇨Jika melekat emas tu pada magnet itu bukan emas tulen tapi tiruan kerana sifat logam itu melekat bila bertemu magnet.

⇨emas yg tulen tak akan melekat pada magnet.

3-ujian keasidan.

?
?
?

⇨bakar emas kemudian masukkan ke dalam asid hidroklorik (HCI)
Warna hitam akibat terbakar akan bertukar kepada warna asal emas selepas direndam di dalam asid jika emas betul.

⇨Emas 999 tidak akan berlaku apa² perubahan, warna tetap sama walaupun dibakar.
⇨Jika emas tiruan lepas bakar dan masukkan asid warna hitam itu tak kan berubah warna asal.

Kalau anda berminat utk beli emas terpakai, pastikan anda selalu bawa magnet bersama anda…(magnet heavy duty) itu alat paling mudah dan simple utk uji emas betul atau emas tiruan…so tak payah lagi susah2 nak bawa ke kedai emas utk check betul ke tidak emas ..tulen ke tak tulen …

?
?
?

  kecuali kalau kita mahu tahu gred emas tersebut samada emas 916 @ emas 750 dll hendaklah bawa ke Arrahnu utk sahkan.

Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, *duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang*. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi…

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas itu masih di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus

Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1. Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.

 Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2. Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan.

Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja.

Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.