Resipi ini hasil perkongsian oleh Umi Watie di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!
Cara Buat Ayam Goreng Berempah Isi ‘Juicy’
Bahan-bahan:
- Ayam
- Telur
- Serbuk kunyit
- Serbuk Kari
- Daun kari
- Tepung jagung
- Garam

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Boleh goreng bila nak makan.

2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahupun nasi berperisa macam nasi goreng tu.

3. Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.

4. Juicy kalah kedai mamak tu.

Kredit: Umi Watie