Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

bakso resipi asli

Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Kadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nasi saja kan. Apa kata harini masak special sikit iaitu bakso resipi asli daripada indonesia.

Resipi di bawah telah dikongsikan orang warganegara Indonesia sendiri, Indiri Alvirra Alvisya di laman sosial Facebook.

Kalau nak tahu macam mana rasa bakso seperti di Indonesia, jom cuba masak nanti menggunakan resipi ini. Semoga bermanfaat!

CARA MASAK BAKSO RESIPI ASLI INDONESIA

1) RESIPI BAKSO (BEBOLA DAGING)

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu kisar
  • 1sdk baking powder
  • 2 sdk garam
  • 90ml air sejuk (air peti ye)
  • 1 biji putih telur
  • 5 sdb tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih titumbuk

Cara-cara:

  1. Gunakan mangkuk besar, satukan tepung ubi dan baking powder. Ketepikan.
  2. Kisar halus daging lembu kisar bersama sedikit air.
  3. Daging halus tadi letakkan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sehingga sebati.
  4. Bila dah siap uli, campurkan dengan bahan tepung ubi dan baking powder tadi. Uli lagi sampai sebati.
  5. Simpan dalam bekas dan tutup dengan plastik, masukkan dalam peti ais selama 3o minit.
  6. Bila doh dah sejuk sikit, cubit sedikit dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.
  7. Bila bakso dah terapung, maknya bakso dah masak.

2) RESIPI KUAH BAKSO

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sdk serbuk lada putih
  • 3 sdb garam
  • 2 liter air
  • 2 batang daun bawang
  • 500 grm tulang daging lembu

Cara-cara:

  1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu. Biar dalam 30 minit.
  2. Kemudian masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan.
  3. Masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.
bakso resipi asli

3) RESIPI SAMBAL BAKSO

Bahan-bahan:

  • 1 paket cili padi
  • Lada kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula

Cara-cara:

  1. Cili padi direbus bersama lada kering. Kemudian kisar bersama bawang putih.
  2. Rebus bahan kisar tadi, masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.
  3. Tunggu sehingga mendidih dan siap!
  4. Sedia untuk dimakan bersama mee kuning atau mihun. Selamat mencuba!
bakso resipi asli

Kredit: Indri Alvirra Alvisya

Speak Your Mind

*