Ibu Ini Kongsi 5 Resipi Kuih Raya Popular Diberi Sentuhan Moden Guna OREO, Anda Wajib Cuba!

Kuih raya memang menjadi satu kewajipan bila tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kalau tiada kuih raya atas meja untuk dijamu tetamu, tidak sah dan lengkap rasanya sambutan Aidilfitri.

Namun, bosan juga sekiranya kita jamah kuih raya yang sama tiap tahun kan? Kalau boleh, beri sedikit kelainan kepada kuih raya anda walaupun tahun ini kita digalakkan untuk menyambut Aidilfitri secara sederhana.

Seorang ibu, Yaya Bazli ada berkongsi 5 resipi menarik dan mudah untuk dicuba Aidilfitri kali ini. Cuma menggunakan bahan mudah iaitu OREO, kuih raya anda tahun ini akan rasa luar biasa! Jom kita cuba?

1. CORNFLAKES MADU DENGAN OREO DALAM CAWAN

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Resipi untuk: 40 keping

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega
1/2 cawan Madu CED
85 gram (g) Golden atau Original OREO Cookies, dihancurkan
2 1/2 cawan KELLOGG’S Kurma & Madu Corn Flakes

Untuk hiasan:
50g kurma, tiada biji dan dipotong kecil
20g Golden atau Original OREO Cookies, dihancur kasar

Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega dan madu CED di dalam mangkuk besar. Masukkan Golden atau Original OREO Cookies dan KELLOGG’S Kurma & Madu Corn Flakes. Gaul sekata.
2. Masukkan campuran ke dalam cawan kertas berwarna-warni.
3. Taburkan kurma dan Golden atau Original OREO Cookies.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.

2. BISKUT RAYA DENGAN MINI OREO

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Resipi untuk: 30 keping

Bahan-bahan:
80g mentega tanpa garam
55g gula perang
25g gula
1/2 sudu kecil garam
5g kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
90g tepung, diayak
13g serbuk koko, diayak
1/4 sudu kecil serbuk penaik
70g coklat rice

Untuk hiasan:
Mini OREO Cookies
KELLOGG’S Corn Flakes, hancur kasar

Cara penyediaan:
1. Putar mentega, gula perang dan gula. Masukkan garam, kuning telur dan esen vanila. Gaulkan hingga sebati.
2. Seterusnya, kaup dalam tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. Jangan terlebih kaup.
3. Gaulkan coklat rice bersama campuran doh.
4. Bentukkan biskut dan letakkan Mini OREO Cookies dibahagian tengah biskut dan taburkan KELLOGG’S Corn Flakes di sekelilingnya.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 12-15 minit.

3. KUIH KAPIT DENGAN OREO

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Resipi untuk: 25 keping

Bahan-bahan:
125g tepung, diayak
2 sudu besar tepung ubi, diayak
150g gula ising
240g telur, pukul lembut
250g santan kelapa
100g OREO Crumbs atau Original OREO Cookies, hancur halus
Garam

Cara penyediaan:
1. Pukul semua bahan sehingga gula larut. Tapiskan.
2. Panaskan mesin acuan kuih kapit.
3. Taburkan OREO Crumbs atau Original OREO Cookies yang telah dihancurkan atas acuan. Kemudian, tuangkan bancuhan di bahagian tengah acuan dan kapitkan acuan segera.
4. Alihkan kuih kapit dari mesin acuan kuih kapit setelah lampu terpadam. Lipatkan kepada separa bulat kemudian tiga segi sementara masih panas.
5. Apabila kuih telah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

4. BISKUT KETUPAT DENGAN OREO

Masa penyediaan: 45 minit
Masa memasak: 15 minit
Resipi untuk: 25 keping

Bahan A:
220g mentega
100g gula ising
2 biji telur
120g tepung, diayak
120g Golden OREO Cookies, hancur halus
120g tepung jagung, diayak
28g kacang badam kisar

Bahan B:
220g mentega
100g gula ising
2 biji telur
100g tepung, diayak
20g serbuk koko, diayak
120g Original OREO Cookies, hancur kasar
120g tepung jagung, diayak
28g kacang badam kisar

Untuk menghasilkan:
Putih telur

Cara penyediaan:
1. Untuk bahan A, pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur dan campur sebati. Masukkan bahagian selebihnya dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.
2. Untuk bahan B, lakukan proses sama seperti bahan A dan ketepikan.
3. Leperkan setiap doh di atas permukaan yang bertepung kepada 5 inci petak.
4. Jadikan 2 set 3 lapisan doh. Untuk lapisan pertama, mulakan dengan doh Golden OREO Cookies, doh Original OREO Cookies dan doh Golden OREO Cookies. Untuk lapisan kedua, tindih di atas lapisan pertama mulai dengan Original OREO Cookies, doh Golden OREO Cookies dan Original OREO Cookies. Untuk lapisan ketiga, tindih di atas lapisan kedua mulakan dengan doh Golden OREO Cookies, Original OREO Cookies dan Golden OREO Cookies.
5. Untuk membuatkan setiap doh melekat di antara satu sama lain, beruskan sedikit putih telur.
6. Balutkan doh dengan plastik pembalut makanan dan sejukkan selama 20 minit.
7. Potongkan doh kepada 1/4 inci tebal dan susunkan di dalam dulang pembakar.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 10-15 minit.

5. ALMOND LONDON DENGAN OREO DAN CADBURY

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 5 minit
Resipi untuk: 20 keping

Bahan-bahan:
120g Mini OREO Cookies, hancur halus
65g mentega
20 biji kacang badam, dipanggang
150g CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps

Untuk hiasan:
Badam biji, dipanggang

Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega dan alih dari api.
2. Campurkan Mini OREO Cookies. Ambil sedikit dari doh Mini OREO dan balutkan 1 biji kacang badam. Ulang proses dengan baki doh dan kacang badam.
3. Cairkan CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps dalam ketuhar gelombang mikro selama 1-2 minit.
4. Celupkan biskut badam ke dalam CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps dan pindahkan ke dalam cawan kertas mini.
5. Kemudian, taburkan biji badam di bahagian atas biskut.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

KUIH RAYA LEBIH ENAK JIKA DIHASILKAN DENGAN GOLDEN OREO

Menarik dan nampak mudah resipi yang dikongsikan Yaya Bazli menggunakan OREO ni kan? Tapi, lagi sedap kalau anda cuba guna OREO perisa edisi terhad, GOLDEN OREO yang hanya boleh didapati pada bulan Mei sahaja.

Malah, perisa GOLDEN OREO juga boleh ditambah dalam pelbagai lagi resipi menarik. Nak tahu resipi apa? Semuanya ada dalam buku e-recipe dari OREO, muat turun sekarang di SINI.

Pastikan Aidilfitri tahun ini anda cuba kesemua resipi yang ada dalam buku e-recipe OREO tau. Barulah terasa kehangatan raya yang sebenar! Jangan lupa juga untuk kongsikan hasilnya di akaun media sosial masing-masing.

Selamat mencuba!