Kalau sebelum ini asyik buat ayam goreng biasa, kali ini apa kata jom cuba buat ayam goreng berempah yang sangat mudah.
Ayam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masak. Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap makan dengan nasi putih.
Resipi ini hasil perkongsian oleh Umi Watie di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!
Cara Buat Ayam Goreng Berempah Isi ‘Juicy’
Bahan-bahan:
- Ayam
- Telur
- Serbuk kunyit
- Serbuk Kari
- Daun kari
- Tepung jagung
- Garam
Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Boleh goreng bila nak makan.
2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahupun nasi berperisa macam nasi goreng tu.
3. Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.
4. Juicy kalah kedai mamak tu.
Kredit: Umi Watie
Speak Your Mind