Resipi Buko Pandan Filipina, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

resipi buko pandan

Cuaca panas macam sekarang sedapnya kalau dapat minum air sejuk atau pencuci mulut yang melegakan tekak seperti buko pandan filipina ini.

Tengok gambar pun sudah mengiurkan, kalau dapat minum ni memang nikmat tak terkata.

Buat banyak-banyak, boleh tahan 3 hingga 4 hari dalam peti ais. Bila teringin, boleh terus cedok dalam mangkuk.

Cara Buat Buko Pandan Filipina

Bahan-bahan:

  • 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
  • 1 cawan teh biji sagu yang sudah dimasak
  • 1 sudu kecil coconut pandan Emulco
  • 1 tin krimer sejat cair, jika kurang kuah boleh lebihkan
  • 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
  • 1 cawan air gula ikut manis yang disukai
  • 1 mengkuk isi kelapa
  • 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
  • Ais secukupnya
  • Buah logan jika suka (letak buah laici tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici)
  • Setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar, masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak cream ikut selera. Siap!

buko pandan filipina
buko pandan filipina

2. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.

buko pandan filipina

Kredit: Aisyah Humaira