“Aduh, muka ni asyik nak naik jerawat je. Padahal hari-hari dah cuci muka. Bukannya murah kalau nak pergi buat ‘ facial treatment’ tu selalu. Apa tips nak dapatkan kulit licin dan ‘flawless’ tanpa berbelanja lebih?”
Memang stres bila muka mula naik jerawat, whitehead, blackhead, jeragat, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Dah berjenis-jenis pencuci muka dan produk kecantikan yang kita guna, tapi tetap tak ada kesan pun pada muka.
Kalau nak tahu, ada cara mudah untuk anda mengekalkan keremajaan dan mendapatkan kulit yang licin berseri dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda.
Tak percaya? Cubalah tips yang disumbangkan oleh Che Mira Kimora ini.
“Aduh, muka ni asyik nak naik jerawat je. Padahal hari-hari dah cuci muka. Bukannya murah kalau nak pergi buat ‘ facial treatment’ tu selalu. Apa tips nak dapatkan kulit licin dan ‘flawless’ tanpa berbelanja lebih?”https://9a71eae0a67aa70fe28ad2ba54538482.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
Memang stres bila muka mula naik jerawat, whitehead, blackhead, jeragat, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Dah berjenis-jenis pencuci muka dan produk kecantikan yang kita guna, tapi tetap tak ada kesan pun pada muka.
Kalau nak tahu, ada cara mudah untuk anda mengekalkan keremajaan dan mendapatkan kulit yang licin berseri dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda.
Tak percaya? Cubalah tips yang disumbangkan oleh Che Mira Kimora ini.https://9a71eae0a67aa70fe28ad2ba54538482.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR BAK RAWATAN ‘FACIAL’ BERNILAI RM250
Menurut Che Mira Kimora, walaupun hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah, wajah mula nampak bersinar, bersih dan ‘flawless’. Tiada lagi flek-flek hitam pada wajah selepas mengamalkan tips ini dengan konsisten. Inilah rahsianya menjaga kulit sentiasa nampak segar dan awet muda.
Bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan cuka
- 2 ketul halia (bersih dikupas)
- Sediakan 1 bekas kaca
- 1 mangkuk kecil kiub ais
CARA-CARA:
1. PERAP HALIA DENGAN AIR CUKA
Pertama sekali, hiris halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, rendamkan ke dalam air cuka semalaman biar halia sebati dengan air cuka.
Antara manfaat cuka untuk wajah adalah mengecutkan jerawat, anti-penuaan, dan menghilangkan kotoran pada wajah.
2. GOSOK PADA WAJAH
Kemudian, gosok kepingan halia yang sudah diperap secara perlahan-lahan di permukaan kulit muka. Buat selama lebih kurang 10 minit.
Jangan risau, tak ada rasa pedih. Kalau takut timbul sebarang reaksi, cuba dalam kuantiti sedikit dulu. Lepas 2-3 minit kalau tak ada sebarang alahan, boleh teruskan penggunaan.
3. BILAS DENGAN AIR
Selepas gosok kepingan halia tadi pada muka, bilaskan dengan air hingga bersih.
4. GOSOK MUKA DENGAN AIS
Akhir sekali, gosok muka dengan kiub ais. Fungsinya adalah untuk mengecilkan kembali pori-pori.
Halia yang dah guna bolehlah dibuang ya.
5. SIMPAN STOK LEBIHAN
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Boleh tahan 3 minggu! Senang, kan?
Semua amalan ini memang diamalkan oleh Che Mira Kimora sebanyak 2-3 kali seminggu. Rutin yang mudah untuk beliau yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat.
Tambah beliau lagi, kalau konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat-sangat mulus. Kulit muka bersih mulus tanpa flek hitam. Jeragat pun ‘seram’ nak membiak. Paling penting, menaikkan seri wajah.
NILAH HASILNYA
Beginilah hasilnya. Berbeza tak dulu dan sekarang? Kena rajin dan gigihlah sikit, tapi memang berbaloi.
Jadi, apa tunggu lagi. Bahan-bahan semuanya dah tersedia di rumah. Mudah saja caranya.
Manalah tahu boleh nampak 10 tahun lebih muda!