Simpan emas banyak-banyak nak buat apa?

Bergantung pada target simpanan korang. Ada orang simpan emas sebagai tabungan anak-anak.

Kerana mereka sendiri dah merasai kesempitan hidupan dan melihat sendiri bagaimana emas jadi talian hayat.

Waktu sulit, emas digadai sekejap, atau terus dijual untuk mendapatkan belanja.

Bila dah lalui begini, mereka faham pentingnya emas sebagai simpanan dan pemegang nilai.

Supaya anak-anak mereka nanti dah ada simpanan aset sendiri dan tak nak anak-anak mereka nanti rasa susah seperti mana yang mereka pernah lalui dulu.

Begitulah pengorbanan mak dan ayah. Sentiasa meletakkan anak-anak di tempat yang pertama. Semoga Allah rahmati ibu bapa kita semuanya. Aminn.

Jadi tanyalah pada diri kalian, apa target simpanan emas kalian?

Speak Your Mind

*