Inflasi

1. Sepertimana yang anda mungkin tahu, setiap kali kadar inflasi naik, nilai matawang sesuatu negara itu akan jatuh. Malah, lebih tinggi kadar inflasi, lebih ketara kejatuhan nilai matawang tersebut. Dalam kata lain, kuasa belian matawang tersebut jatuh akibat inflasi.

2. Contoh yang paling ketara ialah apabila negara Zimbabwe diserang hiper-inflasi pada tahun 2007-2009 – kadar inflasinya melebihi jutaan peratus sebulan (!) – yang berakhir dengan matawang negara tersebut akhirnya dihentikan penggunaannya pada 2009, dan digantikan oleh matawang beberapa negara lain. (As a side note, kadar inflasi di Zimbabwe pada bulan Disember 202 kembali menggunung ke 60%!)

3. Berita buruknya ialah kadar inflasi di Amerika Syarikat telah naik tahun ini. Rancangan Bank Federal Reserve ialah untuk menetapkan kadar inflasi sekitar 2%. Dalam realitinya, kadar inflasi yang lebih tepat ialah 6% dan mungkin 9% di bandar2 besar!

4. Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di negara kita juga telah naik tahun ini. Kadar rasminya ialah 3.2% peratus pada bulan Disember dan 3.3% pada bulan November, dua angka yang tinggi. Malah saya suspect angka sebenar adalah lebih tinggi!

5. Poin yang lebih penting ialah kadar rasmi inflasi (yang selalunya di massage oleh pihak2 tertentu) selalunya adalah lebih konservatif daripada the actual inflation rate! Jadi the actual inflation rate adalah lebih tinggi daripada the offical inflation rate.

6. Sebagai rakyat, kadar inflasi – official dan juga unofficial – ini adalah di luar kawalan kita.

7. Tetapi berita baiknya ialah kita mempunyai kuasa untuk menyelamatkan nilai matawang kita dan seterusnya kuasa belian kita. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Dua pelaburan tersebut adalah emas & hartanah.

8. Jadi jika anda ingin menyelamatkan diri dan keluarga daripada kejatuhan nilai ringgit, maka anda perlulah bertindak dengan melabur dalam satu atau dua pelaburan di atas.

9. To stay still (dan tidak bertindak) bagaikan menunggu untuk tenggelam dalam badai inflasi.

Dapat sesuatu

Speak Your Mind

*