Saya faham.
Saya pun sama juga, dulu.
Sebenarnya, bukan tak minat, cuma belum faham kenapa kita kena ada emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.
Salah satu sebabnya, emas ni tak nampak “nombor”.Sedangkan bagi yang faham, emas ni pun duit.
Kat mana nombor emas?
Dekat mana lagi kalau bukan gramnya!
Kita boleh tengok pada 1 gram emas, makin meningkat nilainya.
Tahun 2000 = R M 35
Tahun 2008 = R M 95
Tahun 2016 = R M 170
Tahun 2021 =R M 270
Duit kertas pula?
Setiap 1 ringgit, nilai makin jatuh.
Tahun lepas = 80 sen
Tahun ini = 70 sen
Tahun depan = 60 sen.
Lagi 5 tahun mungkin 30 sen.
Sekarang, antara emas dan duit kertas yang mana lagi berbaloi disimpan walaupun keduanya adalah duit?
Biasanya, ramai yang jawab “emas”.
Cuma itulah, berapa orang yang nampak tapi tak nak simpan.
Jadi, kena simpan kedua-duanya sekali.
Emas dan duit.
Duit kertas untuk simpanan jangka masa pendek, emas untuk jangka masa panjang.
Dah jelaskan? Jadikan hari ni sebagai permulaan untuk simpan emas.
1gram 1bulan 1keluarga
Speak Your Mind