7 perkara yang tak laku bila jual semula Emas:

1️⃣

 Surat beli emas
Sesetengah kedai emas atau peraih emas lama membeli emas lama dengan harga murah kerana tiada surat beli emas. Ini tak sepatutnya berlaku dalam Orodesign kerana emas lama seperti emas pusaka tiada atau hilang surat beli emas dan belian semula emas mengikut berat asal barang kemas tersebut mingikut harga belian balik

2️⃣

 Krum/enamel
Harga belian balik peraih lama atau kedai emas menjadi murah kerana krum dan enamel tidak berharga dan peraih mengurangkan berat krum/enamel tersebut dengan menberi alasan krum adalah emas putih padahal ia hanyalah cat krum sahaja.

3️⃣

 Batu perhiasan
Batu perhiasan tidak beharga bagi peraih emas. Mereka akan cungkil batu permata atau tolak berat barang kemas tersebut dengan berat tertentu mengikut saiz batu permata tersebut

4️⃣

 Pembalut/pakaging
Belian balik Gold bar, dinar atau syiling tidak akan berkurang walaupun anda dah buka pakaging tersebut. Kerana harga belian balik mengikut harga berat emas semata. Ada setengah peraih menipu pelangan dengan menyatakan gold bar, dinar dan syiling akan kurang harganya jika dikeluarkan dari pakaging

5️⃣

 Rupa bentuk
Harga belian balik tidak akan berkurang walaupun emas tersebut rosak, kesan terbakar, kemek atau patah. Kerana kilang akan leburkan semula emas tersebut menjadi produk emas yang baru

6️⃣

 Cap/Logo/Nama
Cap, logo dan nama produk emas tidak akan mengurangkan harga belian balik emas tersebut.

7️⃣

 Antik
Emas antik atau emas dengan ukiran yang unik dan antik dibeli dengan harga belian balik yang sama dengan mutu emas yang lain. Contoh jika emas tu mutu 999 maka harga belian balik mengikut harga belian balik kilang atau peraih tanpa bertambah harganya walaupun emas tersebut unik dan antik

Jadi cara terbaik adalah dengan menjual emas lama kepada kilang dengan harga belian balik yang tinggi bagi mengelakan diri anda ditipu oleh peraih emas di luar sana. Semoga bermanfaat

?