Alhamdulilah harga emas naik

Alhamdulillah, semalam harga emas ttup pada harga tertinggi dalam sejarah. Ramai yang bersorak, nak nak lagi penyimpan emas. Masing2 mcm kene jackpot semenjak perang russia-ukrain ni terjadi.

Dalam sedar tak sedar, perang tuh untungnya 1 pihak, rugi nye banyak pihak. Macam situasi sekarang ni. Penyimpan emas untung besar, dalam masa yang sama kesan dari kenaikkan harga emas nanti semua orang akan merasa.

Makin banyak sekatan dikenakan terhadap russia, makin banyaklah kenaikkan harga. Yang paling rancak buat sekatan ekonomi adalah usa.

Usa ban tenaga dari russia
Usa, uk ban minyak russia
Aset2 Russia diluar negara disita
Syarikat emas dri russia di ban oleh LBMA
Pelumba F1 digugurkan dari pasukan
Sponser team F1 dibatalkan
Macam2 lg yang disekat

Russia ni pengexport gas utama ke europe
Russia ni antara pengeluar minyak utama dunia
Russia ni antara pengeluar emas utama dunia
Russia anta pengeluar baja terbesar dunia

Apa kesan nya bila disekat benda2 ni?
Bila ada sekatan yang terjadi. Auto harga barangan dkt pasaran akan naik.

Satu contoh. Ayam .

Baru baru ni bekalan ayam dkt pasaran hampir tiada kan? Sebab apa ayam xda? Sebab harga dedak makin mahal dan penternak tak dapat jual harga ayam ikut harga semasa sebab ayam adalah barangan terkawal.

Bila ayam dah tak ada, ramai yang merungut bila nak dapatkan ayam susah. Kalau ada pun harga MAHAL yang amat.

Itu dulu masa belom berlakunya perang.

Sekarang ni perang tengah jalan. Semua barang naik harga dekat pasaran global.

Minyak naik harga kaw2
Emas naik harga kaw2
Gandum naik harga kaw2

Kesannya apa?
Kesannya akan berlaku kenaikkan harga pada semua benda.

Minyak yang sekarang ni harga Rm2.05/l mesti akan naik. Kalau kerajaan baik hati nak terus tambah subsidi Alhamdulillah. Kalau x sikit hari ramailah merungut n menyumpah kerajaan. Tapi ni akan berlaku selepas PRU akan datang dalam bulan june macam tu.

Dekat malaysia ni, cukuplah harga minyak naik. Auto harga barang lain pun akan naik.

Ini akan membuatkan gaji rm1500 yang orang laungkan dulu pun takkan cukup dah bila serba serbi barang naik.

Marhein akan terus tersepit dengan keadaan ekonomi yang mereka sendiri tak mampu kawal.

Macam mana nak serap kenaikkan harga ni?
Tak ada cara lain selain cari pendapatan tambahan. Ada peluang buat overtime, buat. Xda overtime cari partime yang boleh tambah pendapatan.

Zaman now, kalau duduk dkt Malaysia, tak buat lebih dari 1 kerja dan nak hidup selesa mmg susah.

Kenaikkan harga barang memang akan jadi lepas ni. Ekonomi ni dia close loop system. Apa yang terjadi dkt 1 tempat, akan beri kesan dkt tpt yang lain.

Jadi, kita sebagai rakyat. Siap sedia dengan kenaikkan harga. Simpanlah duit sebanyak mungkin utk survive. Pile up makanan dkt rumah dan kawal permakanan kita. Berjimat cermat lah untuk kelangsungan hidup akan datang.

Wallahualam.

?