Jika mahu kaya, anda kena kumpul aset. Lawan kepada kumpul aset adalah kumpul hutang.

Kumpul aset = meningkatkan kekayaan anda.

Terdapat 5 kelas aset yang boleh anda kumpul, iaitu:

1) Tunai/ Mata wang
2) Ekuiti
3) Aset yang menjana pendapatan tetap
4) Hartanah
5) Komoditi

Orang Barat melabelkan emas sebagai aset komoditi, namun sebagai orang Islam, emas boleh dilabel sebagai mata wang komoditi.

Wang komoditi adalah wang yang mempunyai nilai atas dirinya sendiri.

Untuk mudah faham. Emas tak perlu dicetak dengan sebarang nilai. Kerana berat emas sendiri memberikan ia nilai.

Kertas pula tiada nilai. Manusia terpaksa cetak nilai ke atasnya. Barulah ia boleh diterima pakai.

Bila anda faham kelas-kelas aset, maka kumpullah ia untuk kebaikan.

Dalam jangka masa panjang, ia akan membina kekayaan untuk anda.

Semoga jadi orang kaya yang beri manfaat pada ummah!