Usahawan Emas Direct Kilang:
Kami adalah “Member Of Fedmas”
Apa itu FEDMAS?
EMAS KELUARAN MAA MENERIMA PENGIKTIRAFAN FEDMAS
MAA Precious Metal Sdn Bhd (1189026-V) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA
Siapakah FEDMAS?
FEDMAS adalah satu badan yang setara SIRIM yang memastikan kilang-kilang yang menghasilkan produk emas mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.
Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.
Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.
FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.
Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.
=======
Ini adalah BUKTI KOMITMEN syarikat dan kami smua sbg pembekal dan peniaga emas tulen di Malaysia.
Sememangnya MAA adalah KILANG EMAS dan Orodesign adalah program syarikat yg memasarkan emas tulen. Kita buat jual beli EMAS FIZIKAL DAN BUKAN SEKALI-KALI PELABURAN EMAS @ APA2 SKIM