
Ini namanya down grade / susut nilai.

Kenapa jadi macam tu?
————————————

Sebab emas yang dipajak tu #bukanbarangkemaspadu.
————————————

Down grade selalu berlaku pada:

. Barang kemas hollow (kosong) – kerana dikhuatiri ada defect, rosak, berlubang, kemek yang akan menyebabkan adanya kotoran dan dimasuki air semasa cucian.

. Barang kemas berloceng – dikhuatiri biji loceng tersebut diperbuat daripada besi atau kuprum atau lain-lain bahan selain emas. Serta dikhuatiri terdapatnya kotoran degil dan juga air yang akan masuk ke dalam loceng semasa cucian.

. Barang kemas berdesign atau berbunga – dikhuatiri terdapat kotoran pada celah-celah barang kemas.

. Barang kemas berkrum (crome). Crome bukan emas putih tetapi cat crome yang disadur nipis ke atas barang kemas – dikhuatiri bukan emas sepenuhnya oleh sesetengah pihak.

. Gelang tangan atau bangle – tahukah anda apa yang terdapat di dalam gelang tangan atau bangle tersebut? – Pihak arrahnu akan down grade barang tersebut kerana dikhuatiri terdapat bendasing lain samada wayer dan kotoran atau air yang masuk ketika cucian.

. Rantai bebola dan love – dikhuatiri terdapatnya kotoran atau bendasing atau air yang akan masuk semasa cucian andainya barang kemas tersebut berlubang atau defect.

Ini adalah antara sebab-sebabnya dan ada kriteria lain yang diambil kira oleh pihak-pihak pemberi pinjam terutamanya arrahnu bank sebagai polisinya.