Archives for March 9, 2022

PERNAH TERFIKIR TAK

?

Mengapa alat pemadam api diletakkan di dalam bangunan sedangkan bangunan itu tidak terbakar?

?

Mengapa duit diletakkan di dalam bank tapi tidak diletakkan di rumah sedangkan tiada pencuri?

?

Mengapa tayar spare kereta dibawa ke mana² sedangkan tayar kereta tidak bocor?

?

Mengapa orang beli takaful sedangkan dia tidak sakit?

?

Mengapa orang beli EMAS sedangkan dia tidak pakai?

Its all about ~ PROTECTION

❗️

Lindungi simpanan anda dari inflasi, tukar duit kepada emas hari ini!

#1gram1bulan1keluarga

Kalau anda beli emas dan terus fikir nak jual semula, itu cara fikir yang salah bagi penyimpan emas.

Sebab penyimpan emas mesti ada gaya pemikiran ini :

1. Apa matlamat simpan emas?
TARGET
2. Berapa banyak Gram nak simpan?
JUMLAH
3. Nak simpan sampai bila?
MASA

Ramai yang dah berjaya sebab berfikir begini. Ramai yang gagal pula sebab sebelum beli dah fikir nak jual semula.

Takkan kita beli rumah hari ini esok terus fikir nak jual kan?

Kereta pun kita beli tak terus fikir nak jual. Kalau fikir bila nak jual dan berapa dapat kalau jual, alamatnya tak terbeli kereta sampai bila-bila lah.

?

#OrodesignByMAA
#EmasHargaKilang
#1gram1bulan

Great sharing from one of the gold saver

?

?
?

Jun 2015 start kumpul sikit2

Jan 2016 jual sikit, beli 1st car cash (2nd je)..then beli emas n kumpul lg

Mac 2016 jual lg sikit, beli 2nd car pun cash (2nd juga), sbb 1st car hntr balik kg bagi mak ayah pakai..then beli emas n kumpul lg

Jun 2017 jual lg utk beli motor sdri LC 135 cash jugak, rasa susah nk jln dekat2 asyik nek kete je..then beli emas n kumpul lg

Ogos-Sept 2018 jual agak byk utk mas kahwin, hantaran n belanja walimah..alhamdulillah, tiada hutang..semua bjalan lancar atas izinNya..then beli emas n kumpul lg

Jun 2020 lepas 2 tahun kawin, jual lg utk upgrade 3rd car, cash jugak..amek kereta yg selesa sikit sbb dah bkeluarga dn ada anak, amek mpv utk keselesaan hari2 mendatang..

Dan skrg masih beli dn kumpul lg, utk apa?wallahu’alam..target macam2 ada, tp ikutlah mana yg lebih memerlukan pada masa akan datang..haji/umrah/rumah/lain2..bila sampai masa emas2 ni perlu utk dicairkan, maka cairkan je la..sbb matlamat peribadi dah tercapai

sekadar berkongsi, bahagianya hidup tanpa hutang..asbab dr simpan emas sikit2 dr dulu sampai la harini.. alhamdulillah

?

Nampak kan fungsi emas?

Kredit : nurakmal

SEKARANG MASA UNTUK EMAS

Bukan Masa Untuk Tunggu Emas..

Zaman kini adalah zaman dimana masa untuk emas. Kita boleh lihat sendiri nilai matawang terus merosot tanpa menunggu kita.

Keruntuhan matawang boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sekelip mata saja. Contoh dah banyak kita lihat seperti negara Zimbabwe, Greece, Iraq, dll.

Matawang boleh runtuh disebabkan banyak faktor, antaranya peperangan, ekonomi sesebuah negara tidak stabil, politik sesebuah negara kucar kacir, atau sebagainya.

Jadi tindakan yang sepatutnya kita lakukan sekarang adalah sediakan “pertahanan” ekonomi keluarga. Jangan hanya sekadar merenung nasib yang tak sudah semata-mata.

“Backup” kan ekonomi keluarga kita dengan sesuatu yang boleh digunakan apabila berlakunya keruntuhan matawang.

Emas boleh dijadikan perisai yang kukuh bagi mengatasi masalah keruntuhan matawang kerana ia tetap akan dipandang bernilai sepanjang zaman.

Biar berdikit-dikit, lama-lama membukit simpanan emas. Mulalah dari sekarang jangan nanti ” sudah terhantuk, baru tergadah”

Begitulah…

?