Murahnya emas tapi hantar secara ansuran…
You have been warned! (Kamu telah diberi amaran!)
Soalan: Saya beli emas 40 gram dengn harga RM6,300.00 Tetapi emas itu saya akan terima setiap bulan 10 gram. Tetapi ada akad antara kami dan penjual.. Mohon pencerahan ustaz.
Jawapan: Akad tidak halalkan cara, cara mesti betul dulu.
Harga semasa emas 916 ialah lebih-kurang RM250 untuk 1 gram. Tetapi kamu dapat beli RM157.50 satu gram. Maksudnya kamu dapat diskaun sebanyak 30%. Itu adalah diskaun yang amat tinggi dan luar biasa.
Tidakkah kamu terfikir bahawa kemungkinan terdapat unsur penipuan?
Betul, ramai orang yang kamu kenal mendapat kesemua emas mereka, tetapi tahukah kamu scam yang menggiurkan selalunya memberikan untung yang banyak kepada ahli-ahli yang awal untuk dijadikan bukti mereka bukan scam?
Ini adalah kemungkinan besar satu contoh scam halus jual-beii emas… ditawarkan emas dengan harga yang murah tetapi emas akan diberikan secara ansuran.
Ini kemungkinan besar adalah money game atau skim ponzi. Mereka akan kutip wang beribu-ribu dari ratusan, malah ribuan mangsa dan boleh mencecah berjuta-juta Ringgit.
Mereka akan beli emas harga pasaran kemudian diberikan kepada ahli-ahli yang awal. Dan begitulah seterusnya. Wang yang dikutip dipusing dan dipusing.
Dan kemungkinan apabila mereka sudah “penat” dan “berpuas hati” dengan berjuta dalam kantung, mulalah ada isu seperti kilang emas tutup sebab covid, pengurus kena covid, bank ada masalah, lombong emas ditutup sebab KPDNHEP ganggu dan macam-macam lagi.
Itulah cara scam-scam ultra besar ditamatkan seperti ARBA, emas ETA Tok Belagak dan Highway Group. Maka mangsa-mangsa akan gigit jari serta menangis tak berlagu.
Ada scam yang sebegini tawarkan pakej setinggi RM40,000!! Kan gila tu.
Lagipun, pembelian begini adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa.
Ini kerana adalah menjadi kesalahan jika harga sudah dibayar sepenuhnya atau ansuran pertama sudah dibayar dalam pembelian ansuran, barang tidak diberikan sepenuhnya.
Adakah cara ini melibatkan riba?
Tidak… jika ia melibatkan barang kemas menurut pendapat Inbu Taymiyyah dan Ibn Qayyim serta fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tetapi…
Islam mewajibkan patuh kepada pemerintah dan undang-undangnya, selagi undang-undang itu tidak langgar syarak. Tidak patuh undang-undang maksudnya tidak patuh syariah.
Nasihat kami ”if its too good to be true, then it is too good to be true” atau “jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan/sahih, maka ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan/sahih”
Wallahu’alam.
Semoga bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insya Allah…
Speak Your Mind