Archives for March 2022

Begitu la..

KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald’s tidak sedap.
McDonald’s pula tidak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.

TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.

MERCEDES Benz tidak pernah memburukkan kereta BMW.
BMW juga tidak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.

TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.

Kawan-kawan

Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.

Kita juga tidak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.

Malah, Kita tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita.

Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Tuhan lah yang menentukan segalanya.

Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.

Kejayaan kita tidak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.

Kebahagaian tidak akan dicapai dengan melukakan orang lain.

Rezeki kita juga tidak bertambah dengan mencantas orang lain.

Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita dikemudian.

SEKARANG MASA UNTUK EMASBukan Masa Untuk Tunggu Emas..

Zaman kini adalah zaman dimana masa untuk emas. Kita boleh lihat sendiri nilai matawang terus merosot tanpa menunggu kita.

Keruntuhan matawang boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sekelip mata saja. Contoh dah banyak kita lihat seperti negara Zimbabwe, Greece, Iraq, dll.

Matawang boleh runtuh disebabkan banyak faktor, antaranya peperangan, ekonomi sesebuah negara tidak stabil, politik sesebuah negara kucar kacir, atau sebagainya.

Jadi tindakan yang sepatutnya kita lakukan sekarang adalah sediakan “pertahanan” ekonomi keluarga. Jangan hanya sekadar merenung nasib yang tak sudah semata-mata.

“Backup” kan ekonomi keluarga kita dengan sesuatu yang boleh digunakan apabila berlakunya keruntuhan matawang.

Emas boleh dijadikan perisai yang kukuh bagi mengatasi masalah keruntuhan matawang kerana ia tetap akan dipandang bernilai sepanjang zaman.

Biar berdikit-dikit, lama-lama membukit simpanan emas. Mulalah dari sekarang jangan nanti ” sudah terhantuk, baru tergadah”

Begitulah…

?

Jadi dealer ni mesti kena menjual ke

❓

?
?
?
?
?
?
??

 Eh..takdalah..ikut suka hati korang la..nak untung, nak cepat balik modal RM799 tu berniagalah..

??

 kalau tak menjual pun masih untung sebab dealer dapat shopping harga JIMAT..harga kilang

?

 sebab tu harga emas naik pun team dealer masih mampu tersenyum..harga special dapat dinikmati seumur hidup

??

 Tak perlu maintain jualan minimum..

      So no stress².. namun percayalah sekali dah dapat rasai nikmat aura emas harga special ni anda pasti nak kongsi peluang hebat ni dengan orang di sekeliling

??

 Saya sudah..anda bila lagi??? Jom sama² tambahkan aset demi jaminan masa depan

?

Paling best…
bila jd dealer ini… dapat selamatkan simpanan dari bocor tau

?

KATEGORI EMAS

? #HOLLOW,#PADU,#STAMPING

?“HOLLOW” dalam erti kata lain “KOSONG”. Barang kemas yang jenis dalamnya kosong. Selalu nya jenis yang kosong ni macam jenis rantai tangan gajah, pasir, lipan dan seangkatan dengannya

Contoh : Rantai tangan gajah tu agak besar dan lebar, tapi bila dipegang/diangkat, tak berapa berat. Ringan je. Itu maksud nya rantai tangan gajah yang kosong. Sama juga macam pasir, lipan dan sebagainya.

? “PADU” dalam erti kata lain “PADAT”. Barang kemas jenis ni dalamnya memang padat. Jenis padu yang selalu kita jumpa macam jenis mesin, dunhill, putera puteri dan seangkatan dengannya.

Contoh : Kalau barang kemas tu jenis berat, means ia padu. Kalau macam mesin, dia jenis halus, tapi dia berat, maknanya ia padu. Try timbang berat barang kemas tu kat tangan dan tengok pada saiz barang kemas tu. Dari situ uols dah boleh agak sama ada ia padu atau hollow.

?Emas Stamping
barang kemas Itu berongga di luar.

Contoh : emas stamping ni nampak besar tapi berongga dan timbangannya ringan sahaja .

? makin tinggi berat sesuatu item. Makin mahal harganya dan Tahan lasak Dan Boleh di pakai selalu.

Maksud tahan lasak di sini.
❌Tidak mudah kemek, ❌ tidak mudah putus Dan ❌ TIDAK mudah Bengkok. Serta LAMBAT HAUS ATAU TERHAKIS

? Makin ringan, makin rendah harganya, TIDAK lasak dan
✅ mudah putus
✅mudah haus/kemek
✅ mudah bengkok
✅ TIDAK boleh pkai selalu.

Beli Emas ikut bajet anda. Beli yang ringan Boleh je. Janji Pakai elok2 dan jgn selalu pakai.
Dan yang penting. RINGAN PUN TAKPE. JANJI EMAS?.562Orodesign12:21 PM

Tips Formula Kiraan Emas

Tips nombor 2;
#2 Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.

Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.

Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.

Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH.

Contoh

Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH

Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH

Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH

(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas

= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 per gram

Kira harga emas Kedai B FREE UPAH

(Berat emas x harga emas kedai) ÷ berat emas

= (10 X 270) ÷ 10
= RM270 per gram

Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.

Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.

7 perkara yang tak laku bila jual semula Emas:

1️⃣

 Surat beli emas
Sesetengah kedai emas atau peraih emas lama membeli emas lama dengan harga murah kerana tiada surat beli emas. Ini tak sepatutnya berlaku dalam Orodesign kerana emas lama seperti emas pusaka tiada atau hilang surat beli emas dan belian semula emas mengikut berat asal barang kemas tersebut mingikut harga belian balik

2️⃣

 Krum/enamel
Harga belian balik peraih lama atau kedai emas menjadi murah kerana krum dan enamel tidak berharga dan peraih mengurangkan berat krum/enamel tersebut dengan menberi alasan krum adalah emas putih padahal ia hanyalah cat krum sahaja.

3️⃣

 Batu perhiasan
Batu perhiasan tidak beharga bagi peraih emas. Mereka akan cungkil batu permata atau tolak berat barang kemas tersebut dengan berat tertentu mengikut saiz batu permata tersebut

4️⃣

 Pembalut/pakaging
Belian balik Gold bar, dinar atau syiling tidak akan berkurang walaupun anda dah buka pakaging tersebut. Kerana harga belian balik mengikut harga berat emas semata. Ada setengah peraih menipu pelangan dengan menyatakan gold bar, dinar dan syiling akan kurang harganya jika dikeluarkan dari pakaging

5️⃣

 Rupa bentuk
Harga belian balik tidak akan berkurang walaupun emas tersebut rosak, kesan terbakar, kemek atau patah. Kerana kilang akan leburkan semula emas tersebut menjadi produk emas yang baru

6️⃣

 Cap/Logo/Nama
Cap, logo dan nama produk emas tidak akan mengurangkan harga belian balik emas tersebut.

7️⃣

 Antik
Emas antik atau emas dengan ukiran yang unik dan antik dibeli dengan harga belian balik yang sama dengan mutu emas yang lain. Contoh jika emas tu mutu 999 maka harga belian balik mengikut harga belian balik kilang atau peraih tanpa bertambah harganya walaupun emas tersebut unik dan antik

Jadi cara terbaik adalah dengan menjual emas lama kepada kilang dengan harga belian balik yang tinggi bagi mengelakan diri anda ditipu oleh peraih emas di luar sana. Semoga bermanfaat

?

Nilai RM100?

Nilai RM100 hari ini dah macam RM10. Boleh habis dalam masa seminit. Tak caya?…cuba tanya online shopper hehehhe
Sebab tu digalakkan buat SIMPANAN EMAS, dalam terleka berbelanja..kita tak lupa buat simpanan untuk masa depan.

Tahniah pada anda yang telah bermula.

KUASA SEBENAR EMAS

Siapa beli emas sekarang, potensi naik lebih tinggi daripada turun. Tapi saya tak suka beli emas sekadar “buy low, sell high” sebab fungsi emas jauh lebih baik dari itu. Kalau beli semata-mata “buy low sell high”, emosi kita terganggu dengan turun naik harga emas. Tapi kalau kita pandang pada NILAI SEBENAR emas, harga naik atau turun, kita tak kisah. Lagi turun lagi senyum sebab kita tahu:

1. Emas boleh ELAK KEBOCORAN WANG. Bahkan ia menjadikan penyimpan emas lebih bermotivasi untuk kumpul harta.

2. Emas TAHAN INFLASI. Ia mengekalkan kuasa beli zaman berzaman. 1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing, sekarang pun sama.

3. Emas selamat dari TUKARAN MATAWANG yang tak adil. Kalau RM jatuh, harga emas naik. Kalau USD jatuh, harga emas naik juga.

4. Emas adalah DUIT SEBENAR. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang dicetak disandarkan kepada emas. Duit kertas cuma sekadar VOUCHER mewakili emas. Lepas 1971, duit kertas yang kita pegang diwujudkan out of noting. Ia sentiasa di manipulasi nilainya. Dan sejarah menunjukkan mana-mana matawang PASTI akan RUNTUH dan hilang nilainya. Tak seperti emas yang bernilai sepanjang zaman.

Dapat sesuatu

??????? ???? ????? ??????? “???? ????? ?????? ???? ????? ??????”

Cakap saja tentang simpan Emas, ramai yang akan tanya apa untungnya simpan Emas?

Sebenarnya untung simpan Emas ini sangat subjective dan bukan hanya pada untung “???? ????? ?????? ???? ????? ??????”.

Jika kita simpan Emas dengan ILMU, kita akan faham lagi 10 keuntungan dan manfaat menyimpan EMAS terhadap kewangan kita.

1. EMAS sebagai “forgotten saving”
2. EMAS sebagai simpanan kecemasan
3. EMAS menutup kebocoran wang
4. EMAS sebagai simpanan jangka panjang
5. EMAS sebagai “backup” belanja hangus
6. EMAS sebagai modal pusingan bisnes
7. EMAS penyelamat kejatuhan mata wang
8. EMAS sebagai duit ketika gawat
9. EMAS sebagai duit antrabangsa
10. EMAS penyelamat simpanan ketika bankrap

Jika kita disiplin aturkan simpan Emas kita dengan ILMU dan MATLAMAT yang jelas.

InsyaAllah kita mampu nikmati keuntungan yang optimum dan mampu membina status kewangan lebih mampan.

Pesan mentor saya:

?

 Pelaburan dengan ILMU adalah pelaburan yang paling selamat…

?

 Emas tidak menjadikan kita kaya tetapi ILMU tentang Emas akan membuat kita lebih kaya.

Mulakan tindakan bermula sekarang.

PAJAKAN GOLDBAR 10 GRAM vs ROADTAX

1.Anda pajakkan emas 10gram di Ar rahnu dengan marhum rm277.49/gm rm277.49 x 10gm = rm2,774.9 so anda akan dapat cash rm1,942.43 (kiraan berdasarkan 70%) dengan upah simpan rm27.75 sebulan (1% dari marhum)

2.Sekarang boleh dah p hidup road tax dengan insurans kereta OK

3.Untuk bayar balik di Ar rahnu bagi tebus emas 10gm…anda dapat cash tadi rm1942.43…upah simpan
Rm27.75 x 6 bulan = rm166.50
Rm1942.43 + rm166.50 = rm 2108.93(total)
Rm2108.93 ÷ 6 bulan (tempoh pinjaman)
= RM 351.48 sebulan sahaja!

4.Anda bayar secara monthly rm351.48 sebulan di ar rahnu selama 6 bulan. Lepas 6 bulan anda dapat balik emas anda 10gm, insurans kereta hidup, servos pun setel….nampak tak? Anda memanipulasi ar rahnu setelkan semua benda tanpa menghilangkan berat emas…itu yang penting!

5.Hari ini 10gm maybe dalam rm2643. 5 tahun lagi maybe rm5000? Tula fungsi ar rahnu.

***Nilai marhum, % pinjaman dan Kadar upah simpan berbeza mengikut Ar Rahnu / pajak gadai.