‘Duit saya selalu bocor’


‘Banyak kali cuba Simpan duit tetapi gagal’
‘Saya putus asa menyimpan duit’
‘Saya tiada duit kecemasan’

Ini antara masalah yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia. Kajian ke atas rakyat Malaysia, 75% tidak mampu menyimpan walaupun RM1000. Ini bermaksud logik akal, 7 orang daripada 10 orang mempunyai masalah ‘Kebocoran’ yang sangat kritikal.

Sedar atau tidak, sebenarnya ramai diantara kita fokus kepada melabur sedangkan dari segi menyimpan, kita masih jauh ketinggalan.

Mana tidaknya,
Asyik itu tidak bagus.
Asyik ini tidak bagus.
Akhirnya tiada simpanan.

Mencipta alasan cukup mudah. Ianya sebagai menyedapkan dan melegakan hati kita. Tetapi pengakhiran kita yang rugi.

Untuk orang yang bekerja,

Jika gaji sebulan sekali,
Setahun akan terima 12kali gaji. Ini bermaksud orang bekerja akan ada peluang untuk menyimpan sebanyak 12kali dalam tempoh setahun.

Jika gaji sebulan 2kali,
Setahun akan terima 24kali gaji. Ini bermaksud orang bekerja ada peluang untuk menyimpan sebanyak 24kali.

Jika gaji seminggu sekali,
Setahun akan terima 48kali gaji. Ini bermaksud orang bekerja ada peluang untuk menyimpan sebanyak 48kali.

Orang yang bekerja lebih untung sebenarnya daripada orang yang berniaga. Bagi orang berniaga, untung belum pasti, rugi itu ada dalam list.

Akan tetapi orang berniaga juga tidak sepatutnya mencipta alasan untuk menyimpan.

Orang berniaga, lagi-lagilah perlu menyimpan sebagai #Backup perniagaan.

Baik bekerja atau berniaga, Kecil besar gaji atau pendapatan itu tidak penting. Apa yang lebih penting adakah kita dapat menyimpan secara konsisten.

Jadi kita perlu ubah beberapa tabiat dan kaedah kita mengurus kewangan,

1. Setiap kali gaji, simpan dahulu. Selebihnya berbelanja.

2. Simpan perkara pertama. Melabur perkara kedua.

3. Jangan tunggu duit banyak untuk menyimpan. Simpan untuk duit banyak.

4. Tukar kaedah menyimpan. Daripada simpan duit bekukan kepada emas. Lebih bertahan.

5. Cipta target yang jelas. Nak simpan RM300 sebulan. Tak berjaya? Tukarlah kepada nak simpan #1gram1bulan. #Simple kan?

Nampak?
Jelas?
Mula simpan emas ya!

Speak Your Mind

*