Tahukah anda, matawang pun ada jangka hayat? Purata umur matawang adalah 27 tahun, dengan umur terpendek adalah 1 bulan. Menurut hasil kajian yang dibuat oleh DollarDaze.org sebanyak 775 mata wang kertas telah dicipta setakat ini di seluruh dunia.
20% daripada matawang ini gagal disebabkan hiperinflasi, 21% dihapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi dan hanya 23% yang masih digunakan.
Walau bagaimana pun, Pound Sterling British berusia 325 tahun dan dikira mata wang yang paling berjaya setakat ini. Walaupun begitu, nilai mata wang Pound Sterling British hari ini cuma bernilai 12 auns perak, iaitu 0.5% daripada nilai asalnya.
Bayangkan mata wang yang paling berjaya pun boleh kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilai asalnya, inikan pula nilai mata wang lain?
Sebenarnya tak perlu persoalkan segala jenis teori konspirasi pun. Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa.
Bahkan, ramai pakar kewangan dunia mengatakan kadar penurunan nilai mata wang akan berlaku tanpa henti saban tahun. Adalah penting untuk kita mula membuat perlindungan kepada kekayaan kita hari ini dengan membeli aset kalis inflasi seperti emas. Nilai emas terbukti kekal dari zaman dulu sehingga kini.
Menabung emas tidak akan menjadikan kita kaya segera tapi akan memastikan kita tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba.
Sekarang ini dah ada platform nak menabung serendah 0.5gram & 1gram jer! Menabunglah emas walau sikit-sikit. Banyak lagi bagus.
Speak Your Mind