Nak mula simpan emas macam mana?

1️⃣

 Fokus berapa RM nak simpan – Katakan nak simpan RM100 sebulan, jadi setiap bulan asingkan dulu RM100. Jangan usik!

2️⃣

 Letak Target nak capai berapa Gram setiap bulan. – Katakan nak target setiap bulan 2gram, usahakan sampai cukup 2gram emas setiap bulan. MESTI!

Macam bayar hutang kereta la, mesti bayar juga walau macam mana sekalipun kan? Buat benda yang sama dalam simpanan.

3️⃣

 Dapat gaji atau bonus terus simpan emas tak kira la harga berapa masa tu.

– Dapat gaji terus transfer untuk emas .Terus buat sebab kalau tak buat, duit akan habis ke tempat lain. Simpan dulu, baru belanja.

4️⃣

Hujung tahun semak berapa gram dah disimpan. Kalau kurang 24gram, maksudnya habit menyimpan emas belum berjaya. Tapi hampir-hampir berjaya. Yang lebih 24gram, tahniah, habit menyimpan dah sebati dalam darah daging. Hihi

Kuasa beli pun semakin hari semakin kecil. Duit RM pun makin lama makin kecil, jadi nilah masanya kita start kaji balik ekonomi sendiri.

Belajar jimat cermat.
Belajar buat simpanan.

Mulakan simpanan secepat mungkin. Selagi boleh simpan, simpanlah. Untuk kegunaan kita sendiri juga nanti.

Bukan untuk saya.
Hehe

Speak Your Mind

*