Archives for April 5, 2022

Perkongsian dari sahabat MD Kak Muni yg baru pulang menunaikan umrah

❤️

Pemilik kedai emas tu kata 1 dinar kita bentuk matawang Yaman

?

Alhamdulillah… emas keluaran kilang MAA sangat² terbaik..

Bertambah osem bila dapat beli harga rapat kilang..

Syukur sangat bila pemilik tunggal kilang MAA kongsi rezeki dengan dealer² orodesign dengan tawaran harga yang lebih jimat dan spread lebih rendah..

Semoga rezeki bos dan keluarga semakin berganda dan diberkati ALLAH swt

?
?
?

#OrodesignByMAA

Nak mula simpan emas macam mana?

1️⃣

 Fokus berapa RM nak simpan – Katakan nak simpan RM100 sebulan, jadi setiap bulan asingkan dulu RM100. Jangan usik!

2️⃣

 Letak Target nak capai berapa Gram setiap bulan. – Katakan nak target setiap bulan 2gram, usahakan sampai cukup 2gram emas setiap bulan. MESTI!

Macam bayar hutang kereta la, mesti bayar juga walau macam mana sekalipun kan? Buat benda yang sama dalam simpanan.

3️⃣

 Dapat gaji atau bonus terus simpan emas tak kira la harga berapa masa tu.

– Dapat gaji terus transfer untuk emas .Terus buat sebab kalau tak buat, duit akan habis ke tempat lain. Simpan dulu, baru belanja.

4️⃣

Hujung tahun semak berapa gram dah disimpan. Kalau kurang 24gram, maksudnya habit menyimpan emas belum berjaya. Tapi hampir-hampir berjaya. Yang lebih 24gram, tahniah, habit menyimpan dah sebati dalam darah daging. Hihi

Kuasa beli pun semakin hari semakin kecil. Duit RM pun makin lama makin kecil, jadi nilah masanya kita start kaji balik ekonomi sendiri.

Belajar jimat cermat.
Belajar buat simpanan.

Mulakan simpanan secepat mungkin. Selagi boleh simpan, simpanlah. Untuk kegunaan kita sendiri juga nanti.

Bukan untuk saya.
Hehe

‘Duit saya selalu bocor’


‘Banyak kali cuba Simpan duit tetapi gagal’
‘Saya putus asa menyimpan duit’
‘Saya tiada duit kecemasan’

Ini antara masalah yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia. Kajian ke atas rakyat Malaysia, 75% tidak mampu menyimpan walaupun RM1000. Ini bermaksud logik akal, 7 orang daripada 10 orang mempunyai masalah ‘Kebocoran’ yang sangat kritikal.

Sedar atau tidak, sebenarnya ramai diantara kita fokus kepada melabur sedangkan dari segi menyimpan, kita masih jauh ketinggalan.

Mana tidaknya,
Asyik itu tidak bagus.
Asyik ini tidak bagus.
Akhirnya tiada simpanan.

Mencipta alasan cukup mudah. Ianya sebagai menyedapkan dan melegakan hati kita. Tetapi pengakhiran kita yang rugi.

Untuk orang yang bekerja,

Jika gaji sebulan sekali,
Setahun akan terima 12kali gaji. Ini bermaksud orang bekerja akan ada peluang untuk menyimpan sebanyak 12kali dalam tempoh setahun.

Jika gaji sebulan 2kali,
Setahun akan terima 24kali gaji. Ini bermaksud orang bekerja ada peluang untuk menyimpan sebanyak 24kali.

Jika gaji seminggu sekali,
Setahun akan terima 48kali gaji. Ini bermaksud orang bekerja ada peluang untuk menyimpan sebanyak 48kali.

Orang yang bekerja lebih untung sebenarnya daripada orang yang berniaga. Bagi orang berniaga, untung belum pasti, rugi itu ada dalam list.

Akan tetapi orang berniaga juga tidak sepatutnya mencipta alasan untuk menyimpan.

Orang berniaga, lagi-lagilah perlu menyimpan sebagai #Backup perniagaan.

Baik bekerja atau berniaga, Kecil besar gaji atau pendapatan itu tidak penting. Apa yang lebih penting adakah kita dapat menyimpan secara konsisten.

Jadi kita perlu ubah beberapa tabiat dan kaedah kita mengurus kewangan,

1. Setiap kali gaji, simpan dahulu. Selebihnya berbelanja.

2. Simpan perkara pertama. Melabur perkara kedua.

3. Jangan tunggu duit banyak untuk menyimpan. Simpan untuk duit banyak.

4. Tukar kaedah menyimpan. Daripada simpan duit bekukan kepada emas. Lebih bertahan.

5. Cipta target yang jelas. Nak simpan RM300 sebulan. Tak berjaya? Tukarlah kepada nak simpan #1gram1bulan. #Simple kan?

Nampak?
Jelas?
Mula simpan emas ya!

Penyimpan emas yang berilmu TAK AKAN RUGI SEBAB:

?

Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

• Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek itu PERKARA BIASA. Penyimpan emas yang berilmu, dia akan beli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang.

?

Emas adalah duit tunai juga.

• Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual atau gadai je dulu di ar-rahnu. Terus dapat duit on the spot! Siapa ada emas, dia ada duit juga!

?
?

Harga barang naik, harga emas sama naik.

• Harga barang naik (i.e. inflasi) itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi.

?

Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

• Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Dapat sesuatu?….
.
.

?

 Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas.

?

 Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!

Get it?

Jamuan Sambutan Ramadan 1443Hijrah

Sempena bulan Ramadan yang akan datang, pejabat akademik telah menganjurkan satu jamuan. Majlis juga meraikan staf yang menyambut hari lahir pada bulan Mac dan April. Juga meraikan Adila yang berpindah PTJ.

10k KWSP, korang buat ape?

RM10K KWSP dah boleh bawak keluar. Korang nak buat apa? Jom Beli emas

?
?
?

BEZA HARGA TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI
Untuk Goldbar 20gram

8/3/2021 = Rm4918
8/3/2022 = Rm5734

SETAHUN PERBEZAAN MENCECAH RM800+-

??
??
??
??

TAHNIAH GOLD SAVER

?

Alhamdulillah, menukar duit kepada Emas adalah keputusan yang paling tepat anda pernah buat untuk kewangan Anda Dan keluarga

?

Duit vs Emas

Bila bercakap tentang duit, pantas dalam fikiran kita terbayangkan duit kertas berwarna merah, biru dan ungu. Itulah wang kertas yang rasmi digunakan di Malaysia tetapi tidak boleh digunakan di negara lain. Manakala emas tetap laku di seluruh pelusok dunia.

Wang kertas yang rosak samada terbakar atau dimakan oleh anai-anai sudah pasti tidak akan laku untuk digunakan kerana niai wang kertas itu terletak pada nombor yang ditulis pada kertas tersebut.

Berbeza pula pada emas tetap terjamin walaupun terbakar atau rosak sebab nilai emas diukur daripada berat & ketulenan emas itu sendiri.

Anda yang bijaksana pilih yang mana sebagai simpanan untuk jangka masa panjang?

“Wang Kertas @ Emas??”