Ada yang tersedar

Ada orang tersedar ketika harga emas naik.

Ada orang tersedar ketika harga emas turun.

Ada orang tersedar ketika harga emas naik dan turun tetapi tidur semula.

Ada orang tak sedar-sedar pun ketika harga emas naik atau turun.
.

Apa atau dimana sahaja situasi kita ketahuilah #Tindakanย adalah permulaan kepada kesedaran kita.

Kita ada duit banyak tetapi tiada tindakan untuk mula maka ianya tidak ada gunanya.

Kita ada duit cukup-cukup tetapi tiada tindakan untuk mula maka ianya tidak ada gunanya.

Kita tiada duit untuk mula dan tiada tindakan untuk cari dan mula maka ianya tidak ada gunanya.

Semuanya bermula dengan tindakan.
.

Tindakan adalah permulaan kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tindakan adalah permulaan untuk kita menaiki tangga kegembiraan.

Tindakan adalah permulaan untuk kita mendaki bukit kebahagiaan.

Tindakan adalah permulaan untuk kita menaiki gunung kejayaan.
.

Ramai berkata NO untuk mulakan simpanan sedangkan untuk berbelanja tanpa sempadan tiada istilah NO.

Selagi kita tiada tindakan, selagi itu kita masih berada di tahap sama. Jangan terkejut boleh jadi akan terjerumus ke tahap yang lebih rendah.

Ada duit belum tentu kita mulakan simpanan emas tetapi apabila kita mulakan simpanan emas Sudah pasti ada duit.

Jangan bertangguh & ambil tindakan segera ?

Speak Your Mind

*