Archives for April 21, 2022

Emas Perhiasan Vs Wafer/ Jongkong Emas

??

 Biasanya pelabur emas nakkan keuntungan yang maksimum jadi pilihan terbaik mesti la kena beli wafer/ jongkong emas.

Kenapa? Ni sebabnya

?

Wafer/Jongkong emas susut nilainya hanya 6%-9% . (Susut nilai bagi dealer Oro 2%~5%)
Emas perhiasan susut nilainya 25%- 40%.

?

 Wafer/Jongkong emas tak ada upah pemasangan jika dibandingkan barang kemas yang mempunyai upah pemasangan yang bernilai RM100-RM200 ringgit mahupun lebih.

?

 Wafer/Jongkong emas diminati oleh semua golongan tanpa mengira lelaki atau perempuan. Manakala barang kemas hanya diminati oleh orang perempuan.

?

 Wafer/Jongkong emas mudah dijual kepada orang lain selain kedai berbanding emas perhiasan yang mempunya saiz dan corak yang berbeza menjadikan ia sedikit sukar.

Di satu sisi lain baik Emas perhiasan atau jongkong Emas ada kelebihan tersendiri. Kita bincang di lain masa okeyy..

Boleh pelbagaikan bentuk Simpanan kita.
Jadilah pelabur yang bijak.

Dapat faham sesuatu

?

Ni hah! Tokey emas terbesar dunia. Ada siapa dapat lawan tak?

Ewah2… Dorang sedap2 suruh kita guna duit kertas yg mereka perkenalkan yang entah ape2 tu, dalam senyap die kumpul emas dunia eyh. Cerdik2… Tak cerdik bukan yahudi namanya. 1 dunia di tipu. Tapi yang malang bila kita tau ditipu tapi masih buat tak tahu???

Ingat ya, Allah cipta Emas dan manusia geng2 dorang ni cipta wang kertas yang diagung2kan tu. Duit di buat dari HUTANG.

1 dunia kena tipu. Lepas ni disuruh kita guna WANG DIGITAL pulak. Ramai belum ada kesedaran untuk simpan emas dan biarkan mereka monopoli emas satu dunia.. bijak kan mereka? ???

Jika kita ingin bijak.. kita juga mesti simpan emas. Jangan biarkan kita & keluarga kita ketinggalan selamanya..

Itu emas ye. Bukan kayu cat kaler emas??

Beberapa hari lepas negara Sri Lanka telah mengistiharkan bahawa negara itu telah muflis.

Bayangkan, sebuah negara dengan 22 juta penduduk ini muflis gara-gara hutang yang terlalu tinggi.

Sehingga surat khabar Berita Harian telah mengeluarkan artikel bertajuk “Malaysia perlu mengambil iktibar daripada krisis Sri Lanka”

Baca artikel tersebut dibawah?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943308/malaysia-perlu-ambil-iktibar-krisis-sri-lanka

Gais.

Kerajaan boleh datang dan pergi. Namun kita sebagai individu perlu bertanggungjawab menjaga kewangan diri sendiri.

Salah satu kesan terbesar krisis kewangan negara adalah apabila matawangnya boleh jatuh mendadak.

Contohnya Sri Lanka jatuh 38% berbanding USD dalam tempoh sekitar 2 bulan. Jadi kuasa beli duit mereka “hilang dengan banyak” kerana krisis kewangan.

Sebab itu kita perlu simpan aset anda dalam bentuk emas fizikal.

Sebab emas sangat membantu ketika berlaku malapetaka seperti ini.

Kita belajar daripada pengalaman orang lain.

??????? ????? ???? ???? ???? ?????

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” – bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% – 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk beRkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri…

Kredit: Tuan Zulkifli Shafie