“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”
Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” – bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.
Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!
Jangan tertipu dengan nombor.
Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% – 6% setiap tahun.
Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!
Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.
Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!
Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!
Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.
Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!
Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.
Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.
Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.
Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.
Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk beRkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!
Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.
Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.
Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.
Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!
Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.
Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?
Anda jawab sendiri…
Kredit: Tuan Zulkifli Shafie