Semua orang kenal duit, tak semua orang kenal emas. Ramai kenal duit sebab setiap hari kita guna duit untuk urusan jual beli. Anak kita umur 6 tahun pun kenal duit.
Tapi tak ramai yang betul² kenal emas, emas dianggap sebagai pelaburan sahaja. Satu kerugian besar jika emas hanya digunakan sebagai pelaburan.
Ada banyak lagi kegunaan emas yang kita boleh manfaatkan bila kita dah simpan emas. Salah satunya adalah emas boleh dijadikan simpanan untuk ubati penyakit boros.
Ada duit macam-macam fikir untuk belanja, sampai satu tahap benda kehendak habis dibeli jika ada duit. Ada emas belum tentu nak belanja sebab kita ada perasaan sayang untuk jual emas yang kita dah lama simpan.
“Alaaa..sayangnya nak jual. Dulu beli harga RM140, sekarang kalau jual nak beli balik dah RM257.”
Begitulah perasaan orang yang simpan emas, emas hanya dijual atau digadai untuk perkara keperluan sahaja. Sebab itulah simpanan penyimpan emas makin bertambah setiap bulan.
Bagi pendapat saya emas dan duit sama penting; simpanan duit untuk digunakan dalam jangkamasa pendek dan simpanan emas untuk digunakan dalam jangkamasa sederhana dan panjang.
Dua²saling melengkapi dan ada fungsi tersendiri, apalah nilai emas kalau tiada duit? Kejatuhan nilai duit membuatkan harg emas naik tinggi saban tahun. Kalau nak lindungi nilai duit simpanan yang banyak boleh tukarkan sebahagiannya kepada emas.
Tak perlu simpan semua kekayaan kita dalam bentuk emas, pakar kewangan pesan dapat simpan 10% dari gaji setiap bulan dalam bentuk emas pun dah cukup bagus. Dapat simpan lebih itu lebih baik.
Apa yang penting simpanlah duit dan emas dengan ilmu insyaAllah kita boleh memperbaiki kewangan kita pada masa depan. Wallahualam.