Harga Emas Naik?!

“Tuan, saya lihat harga emas sekejap naik sekejap turun. Boleh dan Sesuai ke saya simpan emas sebab takut rugi lah”

Ini merupakan soalan daripada salah seorang pelanggan saya.

Bila saya dengar soalan ini, saya cuba recall dan cari semula tarikh beliau menyimpan emas. Rupanya beliau baru sahaja menyimpan emas.

Jadi saya tenangkan beliau dan beri jawapan ringkas supaya beliau lebih faham tentang emas. Basic perlu diperkemaskan.

1. Saya perhatikan penyimpan emas atau sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak menjadi penyimpan Emas mempunyai dua tabiat iaitu apabila harga NAIK berlaku situasi PANIK dan apabila harga TURUN juga berlaku situasi PANIK.

2.Sebenarnya harga emas naik dan turun itu adalah perkara biasa dan ianya adalah Normal dalam dunia Pelaburan emas.

3. Jika ada yang mengatakan harga emas sentiasa dalam keadaan naik, itu adalah ayat daripada peniaga yang kejar sales.

4. Emas Naik dalam tempoh jangkamasa panjang. Jika jangkamasa pendek, kita akan melihat harga emas Naik & Turun.

5. Apabila beli emas, pastikan beli pada individu yang dapat bimbing kita dengan konsep yang betul.

6. Bukan sekadar kita beli emas pada individu berkenaan tetapi kita mahu dapatkan tips dan ilmu secara PERCUMA. Itu antara tips menyimpan atau melabur cara selamat.

7. Apabila berlaku situasi Harga emas Turun, pejam mata dan Mulakan simpanan emas. Ambil peluang ini. Jika sudah mula menyimpan emas, ambil peluang untuk tambahkan GRAM.

8. Peluang & Ruang bukan selalu terhidang. Harga emas Turun adalah Rezeki dan harga emas Naik juga Rezeki. Cuma kita memandang dari sudut Keuntungan & Kerugian semata-mata.

9. Ketika situasi harga emas Turun atau Naik, apa yang menariknya berat emas (GRAM) yang kita miliki tidak akan berkurang langsung.

10. Itu antara kelebihan menyimpan emas. Ianya bersandarkan Fizikal. Bukannya bersandarkan harga semata-mata. Kita boleh tidur lena tanpa memikirkan kurangnya GRAM emas kita.

11. Jangan Panik tetapi tenang-tenang ajaaaa. Orang yang tenang selalu menang.

Dapat sesuatu? Moga bermanfaat.

Speak Your Mind

*