Archives for May 31, 2022

5 Kelebihan Emas

1. Sepertimana yang awak sedia maklum, emas telah memberikan pulangan melebihi 9.5% setahun sepanjang tempoh 20 tahun kebelakangan. Ini adalah pulangan yang lumayan, dan tinggi jika dibandingkan dengan beberapa pelaburan lain termasuk saham di Bursa Malaysia.

2. Emas juga adalah kalis inflasi dan malah merupakan pelaburan yang amat baik apabila ribut hiper-inflasi melanda. Sebagai contoh, 25 auns emas cukup untuk membeli satu blok hartanah komersial di bandaraya Berlin semasa hiper-inflasi melanda negara Jerman pada tahun 1923.

3. Jadi pulangan yang lumayan serta kalis inflasi merupakan 2 kebaikan emas. Tetapi ramai orang tidak tahu yang emas juga mempunyai banyak kebaikan lain. Grafik berikut adalah 5 kebaikan emas yang awak mungkin tidak tahu.

# Do your own research
# Not financial advice

12 Keunikan dan Kelebihan Emas.


1) Emas tak boleh dicipta. Teknologi manusia paling hebat pun tak dapat nak cipta zarah-zarah emas.

2) Emas tak boleh dibinasakan. Kita tak boleh nak musnahkan emas, apa cara sekali pun. Paling tidak boleh disorok aje.

3) Negara-negara di dunia ini menjadikan emas sebagai RIZAB NEGARA.

4) Emas adalah komoditi paling stabil dalam sejarah.

5) Emas disukai manusia sepanjang zaman.

6) Emas adalah harta yang paling mudah dan mampu dimiliki.

7) Emas tiada dalam. Sistem kewangan. Tiada siapa yang tahu emas yang kita miliki. Bank tidak tahu. Kerajaan tidak tahu. Lembaga hasil pun tidak tahu.

8) Emas menjadi matawang yang tak pernah gagal dalam sejarah manusia sejak 5000 tahun yang lalu.

9) Semua orang tahu emas bernilai. Nilai emas takkan jadi SIFAR.

10) Emas adalah aset mudah alih, mudah dibawa dan paling mudah dicairkan.

11) Emas menjamin dirinya sendiri. Pergi ke mana-mana pun dia adalah emas. Walaupun patah, bengkok, dah buka seal dan tak ada certificate, emas tetaplah emas.

12) Emas disebut berkali-kali dalam Al-Quran.

TIPS HEBAT BERJAYA DENGAN EMAS.

 Lagi besar gaji atau pendapatan bulanan, sepatutnya lebih besar portion emas yang perlu disimpan.

Jangan main-main dengan simpanan dalam bentuk wang tunai. Kalau tak beli emas, mesti ia akan habis dengan cepat tanpa disedari.

Kalau tak percaya, cubalah simpan duit banyak-banyak. Tak dan lama, sekejap saja dah habis tak tahu pergi mana.

 Istiqamah menyimpan yang paling penting.

Dapat gaji, terus asingkan untuk beli emas secara paksa. Lepas tu jangan duk fikir tentangnya. Lupakan saja. Kalau tak nanti jiwa jadi kacau.

Keistimewaan BK 999 by Orodesign

✨

Cantik – warna kuning keemasan dan lebih berkilau berbanding barang kemas 916.

✨

 Gred kualiti yang lebih tinggi.

✨

Berat barang kemas 999 lebih padu berbanding 916.

✨

Mudah diarrahnukan untuk dapatkan tunai. Kebanyakan arrahnu dan semua kedai pajak gadai menerima BK 999 berbanding GB kerana tertakluk pd terma & syarat perjanjian antara syarikat.

✨

Harga yang ditawarkan oleh arrahnu lebih tinggi berbanding BK916

✨

Harga termasuk upah.

✨

Contoh item BK 999 ialah rantai tangan pasir, rantai tangan gajah dan rantai leher gajah.

‼️
‼️
‼️

 BK 999 ni lembut jadi perlu dipakai dengan teknik yang betul dan berhemah agar tidak mudah kemek dan putus ….