Ramai diantara kita ni bila ada duit, godaan belanja sangat kuat. Bukan saja kalau ada duit bahkan kalau tahu akan dapat duit (contoh bonus tahunan) pun, kita dah fikir nak belanja macam-macam.
Waktu tu semuanya kita akan rasa PERLU. Padahal sebelumnya, tak rasa perlu pun. Ada je alasan kenapa perlu beli. Pandai saja otak kita ni kan
Kalau berterusan macam ini memang alamatnya susahlah kita nak bina kekayaan sebabnya dapat duit pikir belanja habis.
Kita perlu cari solusi agar duit yang kita dapat itu tak bocor macam tu saja. Penat bekerja untuk duit tapi duit habis tak tahu ke mana.
Dari pengalaman saya sendiri, kalau simpan duit dalam akaun bank, biasanya risiko duit itu nak bocor adalah BESAR. Sebab ramai antara kita tak boleh tengok duit terkumpul banyak.
Nombor RM akan selalu ganggu emosi di kepala menyuruh belanja.
Cara paling MUJARAB bagi mengatasi duit bocor adalah dengan mengalihkan (tukar) sebahagiannya kepada bentuk EMAS.
Kenapa tukar kepada EMAS?
Sebab EMAS tu cantik dan fitrah manusia yang Tuhan bagi kepada manusia adalah suka kepada EMAS.
Bila ada duit akan rasa nak belanja, tapi bila ada EMAS akan rasa nak simpan. Dan itulah “feedback” yang selalu diterima dari pengalaman penyimpan EMAS.
Rasa sayang yang kuat kepada EMAS membuatkan duit simpanan (EMAS) bertahan lebih lama (tak bocor). Sesak macam mana sekali pun EMAS adalah pilihan terakhir sebelum jual atau pajak untuk dapatkan duit.
Inilah cara terbaik untuk menghilangkan nombor-nombor RM dari kepala kita. Nombor-nombor ni sangat menggoda EMOSI kita suruh belanja habis.
Akhirnya kita juga yang merana…
Walaupun kewangan itu soal MATEMATIK, tapi selalunya kita dikalahkan dengan EMOSI kita sendiri.