Jika kita merujuk kepada sejarah zaman peperangan antara Vietnam dan Amerika dahulu, ramai penduduk Vietnam melarikan diri ke negara lain.
Harta-harta mereka kebanyakkannya ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan “Kim Thant”. Emas Kim Thant itu bentuknya nipis dan boleh disorokkan dalam jahitan baju.
Orang tidak tahu yang mana mereka membawa kepingan emas. Itulah harta mereka ketika berada di negara orang dan ia dijadikan alat untuk membina semula kehidupan ditempat baru.
Kalau kita lihat pada sejarah Vietnam ini, waktu gawat, emas adalah yang paling berguna. Waktu itu duit tidak lagi berguna untuk dijadikan sebagai alat untuk membina kehidupan di negara orang. Kalau mereka bawa duit negara asal mereka pasti tidak laku ketika itu.
Altenatif – Bawa Emas Bukan Duit
Daripada kisah pelarian Vietnam ini, ada satu perkara yang boleh kita belajar daripadanya iaitu emas adalah duit antarabangsa.
Selain kita tukar duit sebelum keluar negara, kita juga boleh bawa emas bersama. Emas boleh dijual di negara luar yang kita pergi sekiranya kita ada masalah kewangan.
Kenapa saya kata bawa emas bukan duit?
Kalau duit “US Dollar” pun ada sesetengah tempat atau negara tidak menerimanya, apatah lagi kalau duit ringgit Malaysia. Ia tidak laku diluar negara. Kalau emas, ia laku seluruh dunia.
Had emas yang boleh dibawa keluar negara mengikut undang-undang Jabatan Kastam Malaysia adalah TIADA HAD tapi kalau nak bawa keluar duit ringgit Malaysia keluar negara, hadnya bersamaan dengan USD10,000. Kalau lebih perlu diisytihar dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan matawang antarabangsa. Ia altenatif terbaik selain bawa duit tunai.
Bahkan ada kemungkinan kita dapat jimat kos tukar duit ringgit kepada matawang asing (elak spread).
Cuma sebelum bawa emas keluar negara, kita kena semak dulu polisi negara yang nak kita lawati. Sebab ada sesetengah negara meletakkan had membawa emas masuk ke negara mereka dan dikenakan cukai.
Ada perkara penting yang perlu kita tahu, emas adalah aset yang diterima diseluruh dunia. Kita boleh beli emas dimana-mana tempat dan jual semula dimana-mana tempat yang kita inginkan.
Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan lain. Bahkan kalau matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tidak diterima di sesetengah tempat.
Tapi ia tidak terjadi kepada emas, kerana nilai emas berdiri dengan sendirinya tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak.
Asalkan ia emas dan tulen, tak ada apa yang perlu kita risaukan kalau ingin jual semula. Nilai emas dijamin oleh berat dan ketulenannya saja.
Itulah kehebatan logam emas yang dicipta oleh Allah SWT untuk umatnya.
Speak Your Mind