Simptom demam, batuk buat ramai keliru antara influenza dan Covid-19! Ketahui persamaan, perbezaannya

SETIAP kali demam, batuk, hidung berair atau sakit tekak, sekarang ini ramai yang menyangka ia adalah simptom Covid-19.

Itu tanggapan pertama yang difikirkan pada masa ini, bukan lagi sekadar demam biasa atau selesema seperti sebelum berlaku pandemik.

Namun peningkatan kes jangkitan influenza di Malaysia sejak kebelakangan ini membuatkan ramai keliru sama ada mereka dijangkiti influenza atau Covid-19.

Sebab itulah ada antara mereka yang melakukan ujian kendiri Covid-19 dengan keputusan negatif tetapi masih mengalami gejala tersebut secara berterusan.

batuk freepik 8photo

Selain demam, batuk merupakan antara simptom mirip gejala Covid-19. foto Freepik / 8photo

Tapi apa persamaan dan perbezaan selesema, penyakit seperti influenza (ILI) dan Covid-19?

Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, ILI dan Covid-19?

Kebanyakan simptom adalah sama iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair.

Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.

1. ILI: Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi > 38 darjah celsius.

2. Selesema: Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.

3. Covid-19: Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

titik pernafasan

Cara penularan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama seperti titik pernafasan semasa batuk atau bersin. foto Freepik / Kjpargeter

Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama.

1. Titisan pernafasan semasa batuk atau bersin.

2. Sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yan dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.

Tempoh kebolehjangkitan:

1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan teruk ILI dan Covid-19?

Kumpulan berisiko:

1. Warga emas.

2. Individu yang mempunyai komorbid seperti penyakit respiratori kronik, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Bagi influenza:

Ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.

topen muka

Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka.

Langkah-langkah pencegahan ILI dan Covid-19 adalah sama:

1. Pakai pelitup muka

2. Cuci tangan

3. Etika batuk dan bersin

4. Jaga kebersihan diri dan persekitaran

5. Jangan berkongsi peralatan peribadi

6. Cara hidup sihat

7. Penjarakkan fizikal

8. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit : mstar.com