Archives for July 2022

KENDURIAN 5/7/2022 @ Tasik PKU 1130-1200pm

Tgh2 musim2 durian ni meh la kita berjemaah kendurian..walaupun saya bukan pengemar durian, just jamah2 sikit je, demi meraikan sorang student aka navy yg samb master di sini, saya pun teman la beliau, buat2 kenangan dia nanti bila dh tamat belajar nanti. Thanks Mejar Haslam belanja akk..hihi

Oleh sebab hujan jadinya terpaksa tukar lokasi, di parking Chair (kebetulan cuti Haji)

7 PUNCA KERUGIAN SERING TERJADI SEMASA BELI EMAS

??

 Bagi mereka yang baru mula nak membeli EMAS perlu ingat dan elak daripada:

?

 Beli EMAS tanpa ilmu.

?

 Ikut skim pelaburan EMAS (scam).

?

 Beli pada harga lebih tinggi dari harga pasaran.

?

 Beli tanpa kisah harga susut nilai.

?

 Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas.

?

 Pajak EMAS tanpa sebab.

?

 Beli EMAS tanpa bimbingan oleh pakar atau orang yang berpengalaman.

✅

 Semoga bermanfaat untuk yang baru nak membeli EMAS. Elak daripada ditipu.

Sebenarnya..

Sebenarnya, bagi yang faham…
Tak payah fikir banyak kali untuk mula menyimpan Emas ..
Mulakan sahaja walaupun 1gram.

Sebab lepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1.Duit sentiasa habis kena belanja.
2.Nilai Duit sentiasa menyusut setiap tahun.
3.Simpanan duit tak pernah bertahan lama…

Bila duit dah bertukar jadi Emas… Apa Emas bagi pada kita ?
1.Duit kita tak mudah bocor.
2.Nilai Emas semakin meningkat saban tahun.
3.Sudah ada Aset bertahan ketika gawat.

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada Emas.
Tapi orang ada Emas, sudah tentu ada duit… sebab Emas itu duit…
Bila-bila kita boleh tunaikan shj… Dah faham kan ?

Masa Itu Emas

Soalan: Masa bila yang paling sesuai utk kita beli emas?

MASA KITA ADA DUIT.

Gaisssss….
Sebelum harga emas belum cecah RM300/gram, baiklah kaut emas seberapa banyak yg termampu.

Saya ingat lagi kes sebelum ini.
Tahun 2017-2018, harga dalam RM160-RM180.

Pastu selepas raya cina tahun 2019, harga emas naik naik dan naik sampai jadi RM190. Masa tu dah mulalah rasa EMAS MAHAL.

Saya ingat lagi, masa tu rasa DILEMA rasa PAYAHHH sangat nak beli emas hanya kerana harga dah naik RM190+.

Tunda punya tunda…. harga emas naik RM200.

?
?
?

Masa tu setiap kali masuk kedai emas, rasa macam tercekik tulang jer.

?
?

Sejak tahun 2020 harga emas naik naik naik dari RM200/gram sampai naik dah RM270-RM280 segram.

2020 RM200/gram.
2022 RM280/gram.
2023 rasanya harga akan mula berada pada range RM300+.

Silap-silap.
Tahun ni kita akan mula merasa harga emas RM300/gram.

So nasihat saya kepada sahabat-sahabat sekalian.

“Beli lah emas, kumpullah emas sementara harga di bawah RM300/gram.”

Sekian.

?
?
?

Orang NEGATIF VS Orang *POSITIF

?

*Bila dengar orang sembang*
*pasal EMAS..*?
Orang *NEGATIF* kata,
Depa semua ni orang kaya..?
Orang *POSITIF* kata,
Depa semua ni bijak fikir masa depan.☺

*Bila dengar orang sembang*
*pasal EMAS..*?
Orang *NEGATIF* kata,
Depa semua ni fikir dunia saja..?
Orang *POSITIF* kata,
Depa semua ni nak menggalakkan
ramai orang jadi pembayar
zakat EMAS..
untuk saham akhirat.☺

*Bila dengar orang sembang*
*pasal EMAS..*?
Orang *NEGATIF* Kata,
Setiap bulan tidak ada duit,
macammana nak simpan EMAS.?
Orang *POSITIF* kata,
Depa akan menabung duit sikit sikit..
Dah cukup duit nak beli EMAS.☺

*Bila dengar orang sembang*
*pasal EMAS..*?
Orang *NEGATIF* kata,
Lebih baik beli TANAH,
Lebih baik beli RUMAH.?
Orang *POSITIF* kata,
Jika mampu belilah TANAH,
Jika mampu belilah RUMAH,
Jika tak mampu..
Belilah EMAS mampu milik..
Serendah 0.25gram..bernilai Rm100 +
Serendah 1gram..bernilai Rm290 + ☺

“Orang *NEGATIF* selalu,
FIKIR di dalam kotak. ?
Orang *POSITIF* selalu,
FIKIR di luar kotak” ☺

“Orang *NEGATIF* selalu,
Nampak masalah untuk ditangisi. ?
Orang *POSITIF* selalu,
Nampak masalah untuk
dihadapi” ☺

KITA DI PIHAK YANG MANA ?
*POSITIF* atau *NEGATIF ??* ?

Masing masing ada jawapannya.
*PRO* dan *KONTRA.*
*#Berlapang dada.*?

Kami di ORODESIGN…?
*”Membujur lalu, Melintang patah”*
Tetap teruskan misi…??

*#1gram, 1bulan, 1keluarga*
*#Lahirkan ramai pembayar*
*zakat EMAS.*

Karat adalah sistem pengukuran emas

mik peduli dgn gred emas ni …kena tau macam mana nak kira purity juga

?

Karat adalah sistem pengukuran emas

Macam mana nak kira?

Karat / 24k x 100 = purity

Cth kita nak tahu 22k tu emas apa.

22k / 24k × 100 = 91.6

Dapat?

APA ITU EMAS

1⃣

 Emas juga dikenali sebagai logam kuning.

2⃣

 Emas semuanya sama.. jgn tertipu dengan brand. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya.

3⃣

 SIFAT EMAS

?

Berwarna kekuningan

?

Mudah di bentuk

?

 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.

?

 Tidak terhakis.

4⃣

 GRED EMAS

# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
——————-
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
——————-
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
——————-
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
——————-
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
——————–
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
——————–
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)
Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
——————–
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
——————–
Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)

?
?
?
?
?
?
?
?
5⃣

 Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh
————–
Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen

Barang Kemas 916
Bermaksud 91.6% emas
8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6⃣

 Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia

TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7⃣

 Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia

KELANTAN
Emas Se Rial =2.72gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
———————
TERENGGANU
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm
———————-

Contoh pengiraan

?

Satu gram = rm 150
Se rial berat = rm 150 x 2.72g = Rm 408

# so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah rm408.. jangan la terkejut pulak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert..

?

#SEMOGABERMANFAAT

Duit ohh duit..nilaimu itu..

Duit kertas negara mana ni yg dah x laku buat lipat2 buat perhiasan sahaja

Kalau takut beli emas kerana risiko harganya jatuh, kita sepatutnya lebih takut simpan duit kertas yang nilai sebenarnya adalah KOSONG! Tukarkan sebahagian dr wang simpanan kita kepada emas, sebelum terlambat..

Inilah nilai duit RM50 pada masa kini…

Jika dahulu, kita boleh beli penuh satu troli dengan duit RM50 itu…
Kemudian tinggal satu plastik sahaja…
Kini, satu barang saja pun sudah hampir RM50!

Itulah PENIPUAN DISEBALIK NOMBOR!

NOMBORnya sama, namun NILAInya semakin mengecil.

Berbanding emas, nilainya kekal. EMAS mempunyai kuasa penyimpan nilai paling kukuh dalam sejarah matawang dunia. Terbukti dimana kita boleh memiliki seekor kambing dengan emas 1 dinar pada masa dahulu hingga kini…

Fikirkan

“Kajian menunjukkan bahawa 52 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak akan dapat bertahan lebih daripada tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan; 44 peratus membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka dan 76 peratus percaya bahawa mereka mengawal wang mereka.”

– Sumber Sinar Harian

Saya sendiri sebelum ini ada masalah untuk menyimpan. Saya tak perlu nak menunding jari ke arah orang lain. Saya tahu betapa susahnya apabila tabiat untuk menabung wang itu gagal. alhamdulillah dengan emas saya berjaya menyimpan secara konsisten.

“TAKDA DUIT LAH NAK SIMPAN EMAS”

Pakar kewangan selalu nyatakan..
“Kerja bertahun-tahun, duit simpanan tak ada, yang banyak adalah masalah kewangan “

Kerja makan gaji , tak ada rasa nak menyimpan sebab tahu bulan depan ada pendapatan.

So no need to worry.

Bukan kata emas je, duit simpanan pun takda.

Ini yang berlaku diantara kita hari ni. Strategi simpanan yang terbaik kata pakar kewangan adalah FORGOTTEN SAVING, konsep simpan dan lupa. Niat simpan wang dari pendapatan gagal kalau kita korek balik akhir bulan.

Saranan saya, beli dan simpan emas. Emas adalah duit. Kita hanya tukarkan kertas kepada Aset iaitu emas. Ada emas pasti ada duit.

Fikirkan.