Dana Kecemasan?
Berapa jumlah yang sesuai untuk disimpan?
Saya pasti ramai tertanya-tanya perkara ini.
Baik, saya jelaskan.
Dana kecemasan adalah simpanan untuk tujuan kecemasan sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.
Soal Kecemasan, tiada siapa menduga.
Soal Kecemasan, tiada siapa menjangka.
Soal Kecemasan, tiada siapa meminta.
Contoh,
Baru-baru ini akibat Covid-19, ramai yang kehilangan kerja dimana ianya adalah punca mata pencarian untuk menyara keluarga.
Bila sudah hilang kerja,
Komitmen kereta tersadai.
Komitmen rumah tergendala.
Komitmen anak anak dan Isteri terhenti.
Sedih kan?
Tiada siapa minta.
Kena terima dan redha.
.
Jadi,
Berapakah jumlah dana kecemasan yang sesuai untuk disediakan?
Pakar kewangan memberi garis panduan bahawa perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Pendapatan merujuk kepada sumber gaji.
Untuk orang bekerja, ada gaji.
Untuk orang bisnes, juga ada gaji.
Jika pendapatan RM1,000, perlu wujudkan dana kecemasan RM6,000.
Jika pendapatan RM3,000, perlu wujudkan dana kecemasan RM18,000.
Jika pendapatan RM5,000, perlu wujudkan dana kecemasan RM30,000.
Begitulah seterusnya.
.
Jika kita dapat sediakan dana kecemasan 6 bulan pendapatan, sekiranya berlaku apa apa bentuk kecemasan, kita ada masa 6 bulan untuk bertahan.
Kita tidak minta perkara ini berlaku, apatah lagi mendoakannya.
Tapi bak kata pepatah,
โSediakan payung sebelum hujan’. Sebelum diri dibasahi hujan,
Lebih baik kita bersedia awal daripada kusut di pengakhiran.
Kita hanya dengar, jika ditimpa musibah ianya sukar.
Akan tetapi kita tidak pernah lalui kesukaran itu. Jadi โDana Kecemasanโ sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk ringankan dan kurangkan kesukaran ketika dihimpit musibah.
.
Tips mudah,
Simpan 1gram 1bulan sebagai persediaan dana kecemasan. Lama-lama pasti capai dan penuh dana kecemasan kita.
Mudah-mudahan ia dapat membantu ketika kita memerlukannya.
Dapat sesuatu?
Semoga perkongsian Ini memberi manfaat.