Kata penulis buku “Wang Emas’, Tn Mohd Zulkifli Shafie : Harga emas dalam jangka pendek ada naik turun, tapi dalam jangka panjang, harga emas boleh dikatakan confirm naik.
Tapi penyimpan emas yang tegar(biasanya berilmu) tak pandang sangat pun harga emas.
Fokus mereka adalah “gram”, bukan “RM”
Siapa yang tahu (faham) tentang emas, dia tak kisah pun pasal “harga” atau ROI emas. Mereka faham yang harga emas memang akn naik, tapi disebalik kenaikan harga emas sebenarnya nilai duit kita yang jatuh.
Bukan harga emas saja yang akan naik, bahkan apa² barang pun semua akan naik. Harga kuih karipap tahun 1980-an 10 sen(di KL) dulu, kalau ada RM1 kita boleh dapat 5 biji.
Harini tahun 2020, harga sebiji karipap = 50 sen atau lebih? Ada rm1, baru boleh dapat 2 biji.
Sekarang ni kita tahu, harga karipap dah naik 5 kali ganda(ROI = 500%!) dari 10 sen ke 50 sen.
Persoalannya sekarang, adakah mak cik yang berniaga karipap harini lebih kaya dari mak cik yang berniaga karipap tahun 1980-an, sebab HARGA karipap dah naik 5 kali ganda(500%!) ?
Jawapannya, tak. Sebab apa? Sebab ‘nilai’nya sama sahaja. 50 sen sekarang kuasa belinya sama dengan 10 sen tahun 1980-an iaitu boleh dapat sebiji kuih karipap.
Jadi, siapa yang faham tentang kuasa beli, dia tak melihat emas hanya semata-mata pada nombor (kenaikan harga emas), tapi lebih kepada untuk melindungi kekayaan (kuasa beli).
Emas adalah ‘ultimate wealth protector’!