Sejak akhir-akhir ini kerisauan kita terhadap kehilangan duit dalam akaun bank semakin membimbangkan.
Bukan sedikit jumlah duit dilaporkan hilang dalam masa yang singkat, bahkan melibatkan jumlah yang banyak.
Sepertimana yang dilaporkan, bukan melibatkan sebuah bank malah melibatkan beberapa bank terkemuka dalam negara.
Berusaha untuk mengumpul duit pada setiap kali gaji pastinya memerlukan usaha dan komitmen kerjaya yang tinggi.
Namun begitu, jika duit yang dikumpul selama ini terdedah dengan risiko kehilangan yang tinggi, suatu keadaan yang amat merisaukan.
Justeru itu, dengan mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku, simpanan kecemasan sebaiknya disimpan dalam akaun Tabung Haji.
Simpanan bagi kegunaan masa hadapan sebaiknya ditukarkan kepada bentuk emas. Bila mana suatu hari kita memerlukan duit semula, emas tersebut boleh dijual atau paling kurang boleh digadaikan.
Jika negara-negara kuasa besar dunia pun saban tahun menambah jumlah simpanan aset mereka dalam bentuk emas sebagai kekayaan sebenar, maka wajar bagi kita setiap individu menukarkan aset dalam bentuk emas bagi keperluan masa hadapan.