Simpan duit RM 5, hasilnya setiap hujung tahun dapat beli emas.
Jangan tidak percaya, memang boleh! Perkara ini sudah dipraktikkan dan berhasil
Simpan RM 5 sebulan akan dapat sekitar RM 140 – RM 155
Ada orang suka kumpul sehingga hujung tahun dan beli emas dalam gram yang besar.
Ada orang suka kumpul sampai hujung bulan, kemudian beli emas sekitar 0.5g (Emas Fizikal) atau 1 gram bergantung kepada harga semasa
Begini caranyaโฆ
Setiap kali kita balik dari rumah, jika ada sahaja not duit kertas RM 5, terus simpan dalam Tabung RM 5. Tidak kisah berapa keping yang kita ada hari tu, ada je simpan sebab bukan setiap hari kita akan membawa pulang not kertas RM 5. Jadi anggap sahaja kita simpan untuk hari-hari yang akan datang.
Dari duit RM kita tukarkan kepada Emas.
Kenapa emas?
Sebab kita tahu nilai emas sama ada akan kekal atau pun naik dari tahun ke tahun. Jika duit, kita tahu, nilainya akan menyusut sekitar 5-8% setahun.
Contohnya, jika kita beli pada tahu 2019, harga emas sekitar RM 180-190 per gram.
Tahun 2021, harga emas sekitar RM 240-260 per gram.
Gram yang sama, nilai yang berbeza.
Selain dari simpan Not RM 5, jika ada duit syiling pun boleh juga tabung syiling sebagai Tabung Sokongan untuk Tabung RM 5.
Lagi pun tak ramai sekarang yang bawa duit syiling dalam poket, hand bag sebab berat. Kadang-kadang balik rumah syiling tu letak je sepah-sepah. Dari sepah-sepah, better simpan dalam Tabung Syiling.
Bila kita ada tabung, kita tidak akan terbeban untuk membeli emas berbanding kita nak keluar duit sekaligus duit untuk membeli emas.
Malah kita akan rasa Happy sebab mcm kita dapat reward hasil usaha kita menabung.
Jadi, dapat sesuatu?