Anak muda / Student pun mesti perlu mulakan dan ada simpanan emas sebab:

1. Boleh bayar balik duit pinjaman.

Jika dah guna duit pinjaman tu kena sedar sikit ye, kita guna tu duit pinjaman bukan duit tu kita punya. Kita pinjam je, wajib bayar balik.

Yang bijak simpan separuh jadi emas. Tak ada la berat sangat nak bayar balik nanti. Sebab dah ada emas.

2. Boleh buat modal berniaga.

Bila nak berniaga kita dah boleh guna dah emas tu tau. Kita pajak kejap emas tu untuk buat modal berniaga. Ramai orang berniaga simpan emas tau. Terutamanya orang Kelantan.

3. Boleh buat hantaran kahwin.

Yang rasa nak kahwin lepas belajar tu elok sangat la mula simpan emas dari sekarang. 3 tahun belajar, harga emas mestilah dah double naik masa tu.

At least bila nak kahwin hantaran 5 dinar atau 10 dinar emas dah prepare siap-siap. Kan senang? Tak gitu.

4. Boleh buat belanja kahwin.

Bila dah simpan emas, kita dah sedia semua. Dah ada cukup perbelanjaan untuk buat belanja kahwin.

Cukup la sekadarnya.

5. Boleh buat modal beli aset lain.

Emas juga boleh buat tabungan untuk beli aset lain.

Kebanyakan yang saya dapati, mereka menyimpan emas untuk buat modal beli rumah, tanah dan tuk nenek kita pun beli tanah guna emas tau. Baik belajar simpan emas.

6. Boleh guna jika terdesak. Dah ada simpanan emas, sesak-sesak boleh guna. Backup jika berlaku apa-apa kan, sekurang-kurangnya kita da ada “wang” kecemasan.

Kawal dulu nafsu berbelanja, ingat waktu susah tiada sape boleh tolong kecuali diri sendiri. Jadi, tanamlah tabiat menyimpan emas dari awal.

Orang muda, jiwa muda, buat, buat sampai jadi.

Mari berjuang anak muda

?
?
?