Duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Dulu, duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas. Berapa banyak emas yang ada menentukan berapa banyak duit kertas yang boleh dicetak. Hakikatnya, DUIT SEBENAR adalah EMAS. Duit kertas yang kita pakai pada hari ni adalah KUPON mewakili emas. Dan duit kertas yang kita gunakan hari ni sentiasa dimanipulasi nilainya yang menyebabkan:
Inflasi – kuasa beli susut setiap tahun
Tukaran matawang asing yang tidak adil
Risiko duit tak bernilai langsung bila negara tak setabil
Tapi lepas dah berpuluh tahun duit kertas dipisahkan dengan emas, generasi kita rata-ratanya tak tahu tentang emas sebagai sandaran nilai. Walaupun menyimpan emas, kita masih terikat dengan “RINGGIT” menyebabkan wujudkan beberapa golongan penyimpan emas, iaitu:
Golongan #1 : Pelabur (Matlamat Duit) ================
Seronok bila harga naik
Kecewa bila harga turun
Golongan #2 : Penyimpan (Matlamat Emas) ===================
Tak seronok harga naik
Seronok harga turun
Golongan #3: ===================
Seronok harga naik – aset yang dikumpul semakin mahal harganya
Seronok harga turun – boleh tambah lagi gram.
Anda golongan Yang mana? Kalau Anda golongan ke-3, Anda CELIK EMAS. Anda melihat emas pada kuasanya yang sebenar iaitu sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Sekadar pandangan.