Archives for July 13, 2023

TUTUP KEBOCORAN SIMPANAN

Kalau simpan RM500 sebulan, tapi lepas 10 bulan tak ada RM5,000 dalam akaun, selalunya ada 2 sahaja puncanya. Samada salah buat bajet atau kaedah menyimpan tak berkesan, senang bocor.

Bagi yang nak tutup kebocoran simpanan, salah satu cara berkesan ialah alihkan sebahagian simpanan dalam bentuk emas. Dari RM500 tu, tarik dalam RM300 untuk beli emas #1gram1bulan

Kalau ikutkan pengalaman ramai penyimpan emas, lepas 10 bulan, confirm ada lebih daripada 10 gram dalam simpanan, insyaAllah.

TABUNG EMAS

1. Masyarakat sudah sedar ketika berlaku krisis dunia, harga emas akan naik tinggi. Bila saham turun, emas akan naik, bila ringgit jatuh, emas akan naik juga.

2. Emas antara aset termurah untuk mereka ‘parking’ nilai wang masa ini. Nak beli hartanah, mahal pula. Perlukan pembiayaan bank.

3. Mereka sudah faham kalau perlukan wang, kita ada pilihan sama ada nak jual terus atau pajak gadai di Ar-Rahnu. Mudah untuk dapatkan tunai.

Kita perlu pelbagaikan simpanan. Ada dalam portfolio hartanah, saham, emas fizikal dan ‘paper money investment’ seperti Unit Trust, ASB, Tabung Haji.

Kawan-kawan,

Suka untuk saya kongsikan kepada anda. Jika nak beli emas yang tujuan untuk simpanan, beli dalam bentuk jongkong atau koin emas.

Ia khusus untuk ‘saving’ kata orang kampung saya. Kerana harga per gram lebih murah dan susut nilai lebih rendah.

Nak simpan Emas harga murah dan berbaloi? Semestinya pembelian Emas fizikal terus dari pengilang jauh lebih menjimatkan. Kita sokong Syarikat Bumiputera Melayu kita.