𝐆𝐔𝐈𝐃𝐄 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒

Kalau boleh JANGAN lah letak duit kita di tangan orang. Beli sendiri lah emas. BELI EMAS BOLEH DAPAT TERUS EMAS FIZIKAL OKEY..
.
Baca info ni ye.
.

.

SIMPANAN EMAS – nak pilih yang mana satu.
.
1. emas perhiasan – yang ni ada kos upah pada harganya. Harga lebih tinggi dari nilai emas. Bila nak jual, spread dia tinggi – harga tolak lebih kurang 35% dari nilai emas sebab dia dah jadi emas terpakai.
.
emas ini hanya elok utk digadai. Jangan sekali kali jual sebab akan hilang duit dengan banyak sekali.
.
kalau nak beli emas perhiasan, elakkan beli emas baru, sebaliknya beli emas terpakai – harga lebih murah tapi bila gadai nanti akan dapat duit yang senilai dengan berat dia.
.
jangan sekali kali beli emas perhiasan ( barang kemas) yang ada batu permata. Apabila ia ada batu permata, maka ia tidak lagi boleh digadai. Kalau nak jual, kedai akan buang dulu batu permata baru timbang barang kemas.
.
harga pun jatuh teruk – kadang2 kedai pun tak jujur bila menggred barang kemas, ini supaya mereka untung lebih.
.
2. gold bar 999 – ini paling baik untuk menyimpan nilai. Kalau jual, dia tetap jual sebagai gold bar dan dia tak jadi emas terpakai walaupun dia dah kemek atau calar atau dah 50 kali masuk gadai.
.
kalau jual balik, biasanya spread hanya 5% sahaja ditolak dari harga semasa.
.
kalau nak untung, jual pada individu pada harga pasaran. Macam dealer Orodesign, ambil lock order Harga kilang jual kepada customer Harga pasaran. Urusan penghantaran semua kilang yang urus, tak perlu simpan stok, tak pening kepala, dealer ambil order saja keuntungan masuk acc sendiri. Gold bar ni walaupun bertukar tangan 10 kali, ia tetap dijual pada harga pasaran seperti emas baru.
.
3. Dinar – juga satu medium yang sangat baik untuk menyimpan nilai. Kalau kita jual, dia tak jatuh harga dan akan dibeli dengan harga dinar.
.
mudah untuk jual pada orang lain, sebab dinar merupakan matawang, walaupun dia buruk dan hodoh sebab dah banyak kali bertukar tangan, ia tidak akan jatuh harga.
.
kalau jual balik pada company, akan kena spread 5%. Dealer Orodesign boleh beli Emas lama, jual semula kepada kilang MAA dengan Harga tinggi tak kisah kondisi Emas macam mana, brand apa sekalipun. Kalau jual pada orang perseorangan, ia akan dijual pada harga nilai semasa.
.
4. Barang kemas designer – poh kong, habib, tomei
barang kemas ni harga dia mahal pada design dan jenama. Kalau nak gadai kita akan rugi banyak sebab emas dia tidak sepadan dengan harga dia.
.
tidak disyorkan jika nak guna untuk menyimpan nilai sebab susah nak jual dan gadai.
.
tapi jika dah kukuh kewangan, dan dah ada cukup simpanan, beli lah satu atau dua barang kemas ini sebab ia sangat cantik dan ia akan memberi satu feel yang lain kepada si pemakai.
.
tengok objektif apa sebelum beli.
.
kalau nak bermula – beli barang kemas terpakai dan suruh isteri pakai.
.
kalau di peringkat pertengahan – beli gold bar atau dinar dan pastikan letak dalam safe deposit box
.
kalau dah ada duit yang cukup – beli emas designer untuk meningkatkan keyakinan diri dan reward diri setelah lama mendisiplinkan diri menyimpan.
.
.
jom success!!