Archives for July 31, 2023

EMAS – Nak kena selalu pegang ke?

Ya, kalau simpan emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu.

Lagi besar saiznya, lagi kuat auranya. Dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita.

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu.

Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis!

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah RM100 (0.25g) atau 1gram 1bulan.

Paksa diri beli emas setiap bulan. Satu hari nanti dapat kumpul 100gram yang cantik ini.

Emas bantu keluarkan anda dari kesempitan

💥

Cemana?

💢

Katakan anda simpan 1g setiap bulan.. Hujung tahun, katakan anda ada 10gram goldbar..

💢

Bulan 12, nak kena beli baju sekolah anak.. G arrahnu/kedai pajak, letak emas kat sana, pinjam RM1000.. G beli baju sekolah anak..

💢

Bulan-bulan, bayar RM200 utk 5 bulan. Bulan ke-5 ambil balik 10gram tadi.. Baju sekolah anak dah beli, emas pun ada balik.. Yayyy..

💢

Bulan 6 pulak, peti ais rosak.. Kalau beli kat Court M ansur-ansur, harga total tu siap boleh beli 3 bijik peti ais baru.. So, lupakan C.M..

💢

10gram tadi masih ada kan? Haa pergi pajak balik.. amek RM1000, beli peti ais baru atau g repair..
Bulan-bulan bayar RM200 selama 5 bulan, amek balik 10gram tadi..
Peti ais dah baru, emas pun still ada..

💢

Ulang je cycle yg sama..
Masalah selesai, emas masih ada..
Zaman skrg ni RM1000 bukan senang2 org nak bg pinjam..
and kita ni jgn biasakan diri meminjam org..

💢

Keluar dari kebiasaan, cuba fikir jalan keluar dari masalah.
Meminjam TAKKAN selesaikan masalah anda. Katakan org yg anda biasa pinjam duit tu mati dah, haaaa jenuh pulak nk g cari org baik mcm org tersebut..

✨
✨

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Ada rezeki istiqomah kumpul perlahan2.

Emas ni kita akan sedar betapa berharganya bila kita dalam KESUSAHAN. Masa kita senang emas yang ada akan duduk setempat tanpa nampak berguna.

Cuma kita kena sedar semasa senang. Memang susah nk beli. Sebab tak teringat. Masa susah baru la tercari-cari.

Sebab tu ORODESIGN ada wujudkan emas kecil-kecil sekecil 0.25g, 0.5g dan 1g 999.9 agar golongan bawahan mampu simpan emas.

Bagi yang dah kumpul syukur anda dah tahu kegunaannya. Alhamdulillah. Benda ni kerap terjadi pada saya sendiri. Kadang2 teringat time susah dulu.

Time tak ada emas. Selalu berhutang

😔

. Last sekali bila ada duit. Bayar hutang. Habis terus duit untuk bayar hutang.

Kemudian pinjam lagi. Hmm bila la nak ada simpanan. Mujur Allah buka hati saya untuk simpan emas.

Kita belajar dari kesilapan. Ubahlah atau teruskan. Pilihan ditangan anda.