Archives for July 2023

Bagaimana nak konsisten?

Sebenarnya, saya tak bermula dengan emas yang besar setelah bergelar DEALER ORODESIGN.

Hanya 1 gram sahaja.
Cuma saya buat konsisten.

Satu perkara saya belajar dari mentor saya,

Simpan 1gram 1bulan konsisten selama 10bulan, lebih baik dari beli gold bar 10gram sekeping sekaligus dan terus diam.

Sebab apa?
Sebab kita akan:

(1) memiliki emas yang banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan jadi rendah,

(4) untung pada kenaikan emas dalam jangka panjang

Dan memang betul. Apa yang saya lihat, mereka yang konsisten menyimpan tu akhirnya lebih kaya.

Bukan sebab emas naik tinggi,
tapi sebab tabiatnya menyimpan kekayaan (emas) secara tegar.

Sebab “menyimpan” secara tegar tu asas penting membuatkan kita lebih kaya.

Dah sesuatu?. Jom bermula simpan emas hari ni.

Bermula dengan 1 gram

Bagi yang faham.

Sebenarnya tak perlu fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas.

Mula sahaja walaupun dengan 1 gram.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1. Duit sentiasa habis kena belanja
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1. Duit kita tak mudah bocor
2. Nilai emas semakin meningkat
3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas.

Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

TUTUP KEBOCORAN SIMPANAN

Kalau simpan RM500 sebulan, tapi lepas 10 bulan tak ada RM5,000 dalam akaun, selalunya ada 2 sahaja puncanya. Samada salah buat bajet atau kaedah menyimpan tak berkesan, senang bocor.

Bagi yang nak tutup kebocoran simpanan, salah satu cara berkesan ialah alihkan sebahagian simpanan dalam bentuk emas. Dari RM500 tu, tarik dalam RM300 untuk beli emas #1gram1bulan

Kalau ikutkan pengalaman ramai penyimpan emas, lepas 10 bulan, confirm ada lebih daripada 10 gram dalam simpanan, insyaAllah.

TABUNG EMAS

1. Masyarakat sudah sedar ketika berlaku krisis dunia, harga emas akan naik tinggi. Bila saham turun, emas akan naik, bila ringgit jatuh, emas akan naik juga.

2. Emas antara aset termurah untuk mereka ‘parking’ nilai wang masa ini. Nak beli hartanah, mahal pula. Perlukan pembiayaan bank.

3. Mereka sudah faham kalau perlukan wang, kita ada pilihan sama ada nak jual terus atau pajak gadai di Ar-Rahnu. Mudah untuk dapatkan tunai.

Kita perlu pelbagaikan simpanan. Ada dalam portfolio hartanah, saham, emas fizikal dan ‘paper money investment’ seperti Unit Trust, ASB, Tabung Haji.

Kawan-kawan,

Suka untuk saya kongsikan kepada anda. Jika nak beli emas yang tujuan untuk simpanan, beli dalam bentuk jongkong atau koin emas.

Ia khusus untuk ‘saving’ kata orang kampung saya. Kerana harga per gram lebih murah dan susut nilai lebih rendah.

Nak simpan Emas harga murah dan berbaloi? Semestinya pembelian Emas fizikal terus dari pengilang jauh lebih menjimatkan. Kita sokong Syarikat Bumiputera Melayu kita.