KISAH DUIT SYILING.

Adalah dikatakan bahawa bank-bank di Malaysia tak terima lagi duit syiling.

Besar kemungkinan Malaysia jadi macam negara Europe di masa depan iaitu kadar tukaran terendah pun RM1.

Buat masa sekarang nak tukar syiling perlu ke Bank Negara Malaysia sehinggalah update terkini.

Kalau perasan, nak deposit ke ASB pun dah tak boleh ada point syiling jika transfer dari bank ke ASB. Mesti angka genap dalam bentuk ringgit. Malah di kaunter ASB pun dah tak terima duit syiling.

Bagi sesiapa yang ada duit syiling, kita boleh mula guna setiap hari di kedai-kedai sebelum ianya dah jadi tak laku macam duit satu sen suatu masa dulu.

Di Malaysia, antara duit syiling yang pernah hilang nilai adalah syiling satu sen dan syiling satu ringgit.

Dalam sejarah dunia, terlalu banyak matawang yang telah hilang, runtuh atau dibubarkan.

Sebab itulah bagi penyimpan emas, kita hanya kumpul wang tunai untuk kegunaan jangkapendek.

Bagi tujuan jangkapanjang, kita fokus menabung emas kerana ianya memegang nilai malah laku di seluruh dunia.

Tak pernah lagi dalam sejarah dunia, emas dibatalkan nilai atau dibubarkan menjadi value sifar. Malah proven emas kekal bernilai sepanjang zaman tanpa pernah mengalami kejatuhan nilai sifar.

Speak Your Mind

*