Okeh..alang-alang Januari jom kita kira kot-kot boleh jadi azam baru. Cun-cun umur yang sesuai nak fikir dana bersara.
Kalau 1 juta, nampak takut dan mustahil kan?
Kita convert dulu dalam emas,
lebih teruja sebab value nampak kecil.
Okeh,
Jom kita kira.
Rm1,000,000 ni kita tukar dulu ke gram emas dengan anggapan harga 1g ialah Rm350 dan untuk disimpan selama 20 tahun.
Maklum la,
umur dah 40, anggap je diberi kesihatan yang baik dan kerja yang baik utk lagi 20 tahun.
Jom kita kira jumlah gram,
Rm1,000,000 รท Rm350/g = 2,857.1428gram
Bundarkan dan kira gram setahun,
2858g รท 20 tahun = 142.9gram/setahun
Bundarkan dan kira gram sebulan,
143g รท 12 bulan = 11.916g/sebulan.
Bundarkan dan kira gram seorang
12g รท 2 orang = 6g/orang
Kira harga sebulan/orang,
6g x Rm350 = Rm2,100/ sebulan.
Kiraan berdasarkan suami isteri kongsi simpanan untuk beli emas.
Maka, kalau nak dapatkan simpanan persaraan yang lebih dari nilai 1,000,000?
Simpan emas 6g sebulan @ belian RM2100 selama 20 tahun.
Simpan emas 4g sebulan atau belian RM1400 selama 30 tahun.
Simpan emas 3g sebulan atau belian RM1050 selama 40 tahun.
Jadi, boleh pilih ikut umur masing-masing. Lagi awal bermula, lagi rendam gram nya.
Nampak mustahil dan besar kan?
Ada cara lain nak cepat dan jimat. Tapi itu anda boleh fikir sendiri la.
Speak Your Mind