Archives for January 19, 2024

Didik diri sendiri untuk saving emas.

Didik diri sendiri untuk saving emas.
Nak tau rugi ke tidak.
Tunggu lah masa susah nanti.

Agakยฒ siapa yang nak tolong kita kalau bukan simpanan kita sendiri.
Jadi jangan takut untuk beli, saving dan terus istiqomah menyimpan emas.

Orodesign ada menyediakan sekecil2 emas dengan harga marhaien/harga kilang

Azam 2024, mulakan simpanan emas setiap bulan. Lebih baik kecil nilainya daripada tiada langsung.

Jom belajar tentang spread Emas!

Ramai tidak tahu sebenarnya jika kita nak beli emas untuk simpanan (goldbar dan dinar), selain kita perlu cek ketulenan kita perlu tahu berapa spread emas yang kita nak beli.. bukan beli brand apa sahaja asal nampak cantik harga RM450/g pun sanggup beli.

Langkah pertama, kita perlu lihat berapa harga jualan sebuah syarikat dan berapa pula harga belian balik syarikat tersebut. Dari situ kita boleh buat kira-kira berapa peratus spread yang di tawarkan oleh syarikat tersebut.

Apa itu SPREAD? Spread adalah susut nilai emas iaitu perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Penting ke tengok Spread ni? Bagi pembeli-pembeli emas fizikal, adalah penting untuk kita mengetahui berapa spreadnya. Semakin kecil peratus spread emas tersebut, semakin rendah susutnilainya. Maksudnya apa? Kadar keuntungannya akan lebih cepat dan tinggi jika dijual balik pada masa akan datang. Ilmu ini yang menentukan samada emas yang kita beli itu mahal atau tidak dan adakah harga jualan balik nanti akan susut banyak atau tidak.

Formula kiraan Spread:
Harga Belian Semasa – Harga Jualan Balik Semasa / Harga Belian Semasa x 100%

Spread juga adalah margin keuntungan peniaga emas, peniaga boleh beli emas pada harga jualan balik dan jual pada harga semasa. Disebabkan faktor ini, perniagaan emas paling mudah untuk buat untung kerana setiap transaksi adalah untung bersih.

Semakin besar gramnya , semakin rendah spread. Tetapi tak semua orang mampu untuk beli emas yang berat-berat. Kita ada pilihan untuk membeli emas gram kecil seperti 1gram. Spread yang terbaik adalah tidak melebihi 8%. Jika lebih dari itu, emas tersebut dianggap mahal dan lambat untuk kita mencapai keuntungan.

Jika barang kemas pula, spreadnya antara 30% – 40%. Oleh itu BK Tidak sesuai untuk dijadikan emas simpanan kerana susutnilainya tinggi.

Sebelum ini tular tentang isu mengatakan โ€˜rugi simpan emas, simpan dah dua tahun, tak untung.. jual balik harga rendahโ€™. Kenapa jadi begitu? Jelas sekali pembeli tersebut tidak ada ilmu jual beli emas. Beli pada harga sangat mahal dan jual balik pada harga rendah. Akhirnya menyalahkan pula peniaga emas.

Kesimpulannya, apa-apa sahaja keputusan yang melibatkan simpanan atau pelaburan perlukan ilmu. Simpan emas juga perlu ada ilmu. Kita perlu buat perbandingan spread sebelum membeli emas fizikal supaya tak rugi. Saya dah jumpa syarikat yang menawarkan spread yang terendah setakat ini. Dan pilihan saya adalah syarikat ORODESIGN by MAA PRECIOUS METALS SDN. BHD kerana syarikat ini adalah pengilang emas fizikal dan harga terus dari kilang adalah yang terbaik.

Terima kasih Boss MAA kerana sediakan platform ini untuk kami terus dapatkan emas fizikal termurah dari kilang dan mesra Arrahnu.

Update terkini: Goldbar & Dinar MAA diterima pajak di semua cawangan Arrahnu Bank Rakyat dan diterima baik oleh banyak Arrahnu di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.

Di bawah ini saya sediakan senarai spread dari sekecil-kecil gram hingga sebesar-besar gram untuk goldbar & dinar MAA. Terbaik kan? Untung siapa yang jadi Dealer Orodesign kerana mereka hari-hari beli harga kilang. Berminat? Roger-rogerlah saya ya!

๐Ÿ˜‰

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis