Hanya Allah je yang suka orang meminta-minta dariNya. Kalau minta dari sesama manusia yang serba kurang ni, kena cemuih ja nanti. Tabiat menyimpan emas ni bukan kata gila harta gila dunia, at least kita berhati-hati dalam menguruskan ekonomi keluarga kita sendiri. EMAS MAMPU MERAWAT PENYAKIT BOROS
Archives for January 24, 2024
EMAS ADALAH WANG SEBENAR
Asalnya, emas yang dicipta oleh Allah digunakan sebagai alat pertukaran atau matawang sejak berkurun lamanya sebelum dan selepas zaman Nabi Muhammad SAW dan beberapa generasi selepas itu.
Di era keagungan Khilafah Islamiyyah, wang emas dikenali sebagai dinar manakala wang perak dikenali sebagai dirham. Dari sudut berat dan nilai, ia kekal sehingga ke hari ini.
Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Baginda SAW berharga 1 dinar. Manakala harga 1 dinar pada hari ini ialah sekitar RM1200. Itulah juga harga seekor kambing yang bersaiz sederhana sekarang!
Apabila wang fiat (kertas yang dicetak nombor dan dipakaikan nilai) diperkenalkan, ia masih lagi bersandarkan emas. Ini bermakna, wang kertas tersebut bertindak sebagai voucher yang mewakili jumlah emas yang dimiliki dan disimpan oleh pemiliknya.
Lewat kurun ke 19, majoriti matawang negara di dunia diikat dengan nilai emas mengikut kiraan ounce. Ia tertakluk kepada โStandard Emasโ.
Akhirnya pada bulan Ogos 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan memutuskan hubungan Dollarnya dengan nilai emas fizikal bukan sahaja di negara tersebut tetapi juga di negara-negara lain seluruh dunia.
Kesannya, wang kertas bebas dicetak berdasarkan permintaan. Emas pula boleh diniagakan dalam pasaran terbuka secara bebas. Inilah sebenarnya menyerlahkan lagi kehebatan emas dibandingkan dengan wang kertas apabila ia kekal utuh sebagai penyimpan nilai.
Bagi sesiapa yang tahu sejarah emas dan wang kertas akan tahu betapa tidak selamatnya bergantung harap kepada wang kertas tanpa ada sandaran kepada aset seperti emas.
Dan rahsia yang lebih besar lagi, negara-negara kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat yang sentiasa mempromosikan penggunaan wang kertas rupanya-rupanya adalah penyimpan emas fizikal paling besar di dunia.
Emas tersebutlah yang akan menjadi penyelamat,aset dan insuran kepada negara jika dilanda malapetaka ekonomi seperti krisis kewangan dan sebagainya…..
๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ๐ป, ๐๐ฒ๐ถ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ต๐ถ๐ฑ๐๐ฝ๐ฎ๐ป.
Ini bukan soal untung rugi, tapi soal benteng ekonomi.
Simpanlah emas kawan2. Memang perit mencari duit zaman sekarang, tapi lagi perit kalau tiada tabungan.
Memang kita berjalan di atas aturan Allah. Tapi berikhtiar itu tugas kita sebagai hamba Allah.
HAKIKAT NILAI DUIT PADA EMAS
Duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas. Dulu, duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas. Berapa banyak emas yang ada menentukan berapa banyak duit kertas yang boleh dicetak. Hakikatnya, DUIT SEBENAR adalah EMAS. Duit kertas yang kita pakai pada hari ni adalah KUPON mewakili emas. Dan duit kertas yang kita gunakan hari ni sentiasa dimanipulasi nilainya yang menyebabkan:
Inflasi – kuasa beli susut setiap tahun
Tukaran matawang asing yang tidak adil
Risiko duit tak bernilai langsung bila negara tak setabil
Tapi lepas dah berpuluh tahun duit kertas dipisahkan dengan emas, generasi kita rata-ratanya tak tahu tentang emas sebagai sandaran nilai. Walaupun menyimpan emas, kita masih terikat dengan “RINGGIT” menyebabkan wujudkan beberapa golongan penyimpan emas, iaitu:
Golongan #1 : Pelabur (Matlamat Duit) ================
Seronok bila harga naik
Kecewa bila harga turun
Golongan #2 : Penyimpan (Matlamat Emas) ===================
Tak seronok harga naik
Seronok harga turun
Golongan #3: ===================
Seronok harga naik – aset yang dikumpul semakin mahal harganya
Seronok harga turun – boleh tambah lagi gram.
Anda golongan Yang mana? Kalau Anda golongan ke-3, Anda CELIK EMAS. Anda melihat emas pada kuasanya yang sebenar iaitu sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Sekadar pandangan.