Archives for January 26, 2024

Beli Emas Mesti dapat Emas

Untuk kesekian kalinya saya nak sebut.

Beli emas mesti dapat emas. Itulah asas paling utama bila kita nak mula nak beli dan simpan emas.

Beli la di mana pun. Syarikat emas, kedai emas, bank, koperasi atau orang perseorangan. Prinsip asasnya ialah beli emas mesti dapat emas.

Beli la dengan cara macamana sekali pun. Belian secara terus, belian secara online, belian secara akaun emas, belian secara pos atau belian secara lelong. Syarat paling penting ialah beli emas mesti dapat emas.

Soalan yang wajib ditanya masa nak buat keputusan nak beli atau tidak emasnya ialah; saya boleh dapat emas fizikal atau tidak?

Kalau jawapannya boleh, maka silakan.

Kalau jawapannya tak boleh, maka lari jauh-jauh.

Beli emas mesti dapat emas. Kalau beli emas dapat nombor, kertas, untung, platform, solusi, janji bulan bintang atau apa saja yang bukan emas fizikal, maka itu petanda buruk.

Pening kepala kita. Sakit jiwa raga kita akhirnya nanti.

Beli emas mesti dapat emas. Itu paling selamat.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Itu paling tiada risiko. Yang lain-lain tu semuanya berisiko tinggi.

Itu aje la yang saya nak cakap.

Happy Pay Day

Sebenarnya dah penat nak educate orang pasal pengurusan kewangan. Ikut suka lah. Duit masing2.

Baik saya urus kewangan family saya ja. Asalkan family saya tak da nak pinjam2 ngan adik beradik sedara mara atau siapa2 ja.

Dunia sekarang kita cuma perlu bertindak ja. Abaikan lah dengan pendapat2 orang.

Tapi bila fikir, apa yang saya sedang buat ni merupakan satu cabang jihad atau dakwah, maka saya akan teruskan lah mengajak orang menabung emas, keluar dari hutang jahat, kukuhkan ekonomi ummah, elakkan sikap membazir dan boros.

Ikut lah nak meniaga apa, kerja apa, asalkan halal.. Tapi simpan lah emas. Yang menjadikan ekonomi kita kukuh, bukan berapa banyak income, tapi berapa banyak simpanan. In shaa Allah