MULAKAN DENGAN 10% SAHAJA.
“Banyak mana kita harus menyimpan?”
Saya selalu pesan, mulakan dengan 10%, jika masih bujang ushakan jadi 30%-45% buat simpanan.
Kita belum ada komitmen rumahtangga. Kita belum ada komitmen hutang besar biasanya.
Semakin besar simpanan kita, semakin banyak pilihan hidup kita.
Kita boleh travel,
Kita boleh beli emas dan simpan,
Kita boleh beli hartanah,
Kita boleh pilih nak kahwin dengan sesiapa pun
Kawan kawan,
Elakkan buat hutang kecuali dua benda besar ini. Rumah dan kenderaan.
Ada ejen emas ajar, buat hutang ‘membeli emas’. Lari laju laju sampai hilang bayang.
Ada ejen bank ajar, buat hutang Personal Loan untuk simpan dalam ASB atau buat simpanan. Lari selaju kelajuan cahaya dan hilangkan diri.
Ada sifoo hartanah ajar, beli rumah sekali 3 dengan multiple submissions lebih untung, risiko kita tanggung. Dia kekal untung. Lari sejauh mungkin.
Apa sahaja ajaran yang mengajak buat hutang, dengar boleh percaya jangan dulu.
Zaman ini ramai manusia bernafsu buaya, nampak beriman tapi siapa leka bakal menjadi makanan mereka.
Kemaskini risiko hidup sebelum nak buat hutang.
Azizul Azli Ahmad