*’Kalau lah tahu tentang emas masa muda, mesti dah banyak simpan emas’*

Jujurnya saya banyak kali dengar kenyataan ini. Jom saya perhalusi,

Ada yang rasa menyesal.
Ada yang rasa rugi.
Ada yang rasa tekanan.

Tapi sebenarnya simpan emas bukan soal usia.

Kalau ketika muda kita tahu tentang emas tetapi tidak mula, tiada gunanya.

Kalau ketika berusia kita tahu tentang emas tetapi tidak mula, juga tiada gunanya.

Ketika usia muda, ada komitmen.
Ketika usia tua, juga ada komitmen.

Bezanya bagaimana kita urus komitmen tersebut.

Antara aset yang paling mudah dimiliki ketika usia muda mahupun tua ialah emas.

YES emas.

Tidak perlu peguam.
Tidak perlu slip gaji.
Tidak perlu pengalaman.
Tidak perlu bekerjaya hebat.

Mudah kan simpan emas?

Semoga bermanfaat.